ASSALAMUALAIKUMWARAHMATULLAHIWABARAKATUH
Alhamdulillah, progress novel Bintang yang bertajuk Kejora Cinta Adrian ni dah pun berjalan dengan lancar and Bintang pun dah ada sent dekat Penulisan2u. Okay klik SINI kalau ta percaya. Kira ada rezeki jugaklah boleh masuk. Bukan apa. Bintang yelah, macam bosan gitu kat umah tade ape nak buat so kurang-kurangnya tak ada lah nampak sangat membazir masa kan. HAHA. Okay. Kat bawah ni Bintang ada letak sedikit sebanyak penulisan Bintang. Dipersembahkan Kejora Cinta Adrian part 1 & 2. Somoga terhibur. (Kalau ada nampak macam pelik-pelik je ayat tu, buat-buat tak nampak je et!)
“Sedarlah! Perkahwinan kita ni tak akan berkekalan! You jangan ingat I akan cintakan you! You ni cuma seorang manusia yang pentingkan diri sendiri je! Nama I Arissa Azzalea dan I tak akan tunduk pada segala kemahuan you yang tak masuk akal tu!” Seorang gadis menengking suaminya dengan nada yang kasar. Lelaki yang berada di hadapannya itu tidak menunjukkan sebarang reaksi terhadap kata-kata kasar Arissa Azzalea.
“Hey, perempuan. Nak bising apa lagi ni? Bosanlah. Kalau you nak mengamuk tak tentu pasal sebab I tak bagi you keluar dengan kawan you, I minta maaf. Pergilah. Kemaskan beg you dan keluar dari rumah. Itu yang you nak, kan?” Selamba sahaja suaminya berkata. Dia sudah lali dengan perangai baran isterinya yang masih muda itu. Arissa segera masuk ke dalam bilik tidurnya, mencapai bagasi dan mulai mengemas barang-barangnya. Si suami tersenyum. Dia menonton rancangan kegemarannya di televisyen sambil tangannya memegang secawan kopi yang masih panas. Kedengaran Arissa Azzalea membebel sendirian di kamar tidurnya.
“Kalau aku tak setuju kahwin dengan lelaki tak berguna ni, hidup tak akan jadi susah macam ni. Mama, papa, Arissa minta maaf. Arissa tak boleh hidup dengan orang macam dia ni,” gadis itu mengesat air matanya yang mulai bertitis. Tangannya pantas meletakkan pakaian dalam bagasi, mahu keluar dari rumah secepat mungkin, muak melihat muka pemuda yang menyakitkan hatinya. Setelah siap berkemas, Arissa segera melajukan langkahnya menuju pintu keluar. Dia tahu, setiap kali dia mahu beredar, pemuda itu pastinya akan menghalangnya dari meninggalkan rumah. Gadis itu memulas tombol pintu namun, suaminya masih bersuara. Makin sakit hatinya. Biar aku berambus. Puas hati kau!
“Arissa!” Panggil suaminya. Gadis itu tersenyum, kali ini dia menang lagi. Pemuda tersebut pasti akan menghalang pemergiannya. Yes! Victory!
“Kasut you yang kata atas rak tu bawak sekali ye? Menyemakkan rumah aje nanti. Haa, nanti tutup pintu tu. Kunci rumah pulak you letak je atas meja.”
1
“You ni suami yang paling tak berguna dalam dunia! Bukannya nak halang I pergi, tapi sebaliknya! Menyesal I kahwin dengan you, tahu tak?!” Arissa bersuara lantang. Tiba-tiba suaminya yang tinggi lampai itu menuju ke arahnya. Gadis itu terdiam. Pemuda itu memandang wajah isterinya yang jelita itu. Tangannya diletakkan di atas kepala gadis itu.
“Who do you think you are? Who are you to judge me? You kan yang nak pergi sangat? Pergi jelah. Buat apa I nak halang? Listen carefully now. You are not the only one who regret about this marriage. Understood?” Suaminya bersuara. Terpana Arissa Azzalea mendengar kata-kata suaminya itu. Pemuda itu tak pernah mengeluarkan kata-kata sebegitu sebelum ini. Ini benar-benar mengejutkannya.
“Kenapa you tak ceraikan I dari mula lagi kalau you menyesal kahwin dengan I?” Ujar si isteri lagi. Si suami mengeluh berat. Dia mengeluarkan kotak rokok. Dia mengambil sebatang rokok dan mencucuhnya dengan pemetik api. Arissa Azzalea hanya memandang pemuda itu. Matanya mulai berkaca semula. Kelihatan asap berkepul-kepul keluar dari mulut suaminya. Adrian tidak pernah merokok di hadapannya selama ini. Dia sendiri pun tidak tahu sejak bila si pemuda mula berjinak-jinak dengan rokok. Jelas sekali pemuda itu dahulunya anti terhadapnya. Pemuda itu mendiamkan diri sebentar. Kemudiannya, pemuda itu mulai melangkah, menuju ke arah pintu utama rumahnya.
“You nak ke mana? Jawab soalan I!” Panggil Arissa Azzalea.
“None of your business. You ni memang jenis manusia yang tak pernah nak hiraukan perasaan orang lain ,kan?” Sejurus selepas mengeluarkan kata-kata yang diibaratkan seperti satu tamparan, suami kepada Arissa Azzalea keluar dari rumah. Pemuda itu kemudiannya beredar daripada perkarangan rumahnya dengan menaiki Lotus Ellise miliknya. Arissa Azzalea terpana. Pemegang bagasi ditangannya terlepas. Suaminya sudah jauh berubah! Seratus peratus!
Jari-jemarinya yang halus kemudiannya mendail nombor telefon kediaman bapanya. Seketika selepas itu, panggilannya berjawab. Kedengaran suara ibunya di talian. “Mama, Rissa nak balik rumah. Dua jam lagi Rissa sampai,” Ujarnya.
2
* * *
Suasana di perkarangan Villa Iskandariah kelihatan bersih dan cantik. Kelihatan beberapa orang tukang kebun menyiram tanaman dan menghias pokok renek yang berada di luar pagar. Angin sepoi-sepoi bahasa bertiupan, menyamankan keadaan. Tiba-tiba kelihatan sebuah kereta berhenti di pintu pagar utama. Seketika kemudian pintu pagar dibuka. Kenderaan tersebut memasuki perkarangan villa mewah itu. Kelihatan seorang wanita separuh abad menunggu di pintu utama villa berkenaan. Keluar seorang gadis dari perut kereta. Dia segera menuju ke arah wanita itu lalu bersalaman dengannya.
“Tak ada angin tak ada ribut tiba-tiba aje Rissa balik. Ada apa-apa ke ni? Haa, apa lagi tercegat dekat luar ni? Masuklah,” Ujar wanita yang bernama Zaraa, ibu kepada Arissa Azzalea. Arissa Azzalea mencapai bagasi besarnya lalu membontoti langkah si ibu. Wanita tersebut membawanya ke bilik. Sesampainya di bilik, si ibu menyuruh anaknya duduk di atas katil. Riak wajahnya serius tatkala itu. Naluri keibuannya merasakan sesuatu tidak kena dengan anak gadisnya apabila melihat Arissa tidak pulang bersama suaminya, Adrian Zareth. Perlahan si ibu memegang lembut tangan anak perempuannya itu. Dia memandang mata Arissa yang kelihatan suram, tidak seperti kebiasaan. Ada apa, sayang?
“Mana Ryan? Selalunya Rissa balik dengan dia?” Soalan ibunya betul-betul menggegarkan jiwa Arissa Azzalea. Dia tidak tahu jawapan apa yang harus diberikan kepada ibunya. Gadis itu mendiamkan diri, cuba berfikir alasannya. Adakah patut dia memberitahu ibunya yang perkahwinannya hampir musnah? Padahal mereka baru sahaja setahun berkahwin. Pastinya wanita itu tidak dapat menerima kata-katanya yang drastik itu. Gadis jelita itu mengeluh berat.
“Ryan.. Dia balik Amerika. Ada hal yang dia kena settlekan dekat sana. Mummy minta dia bereskan something dekat sana. So, Rissa kena balik sini. Maybe seminggu dua Ryan akan berada dekat sana, mama,” mahu atau tidak, Arissa Azzalea terpaksa berbohong bagi mengelakkan ibunya bersedih hati apabila mengetahui perkara sebenar yang terjadi di antara dia dan Adrian Zareth.
3
* * *
No new message
Arissa Azzalea memeriksa inbox telefon bimbitnya. Ternyata suaminya tidak cuba menghubunginya. Gadis itu menghempaskan tubuh di atas tilam empuknya. Tidak sangka Adrian begitu dingin dengannya baru-baru ini, tidak seperti yang dikenali selama ini. Adrian Zareth adalah seorang pemuda yang selalu tersenyum dan sangat baik. Namun, setelah berkahwin dengan gadis itu, pemuda itu mulai berubah, seakan tidak menjadi dirinya sendiri lagi. Dia tidak lagi tersenyum dan kebanyakkan masa dihabiskan dengan mendiamkan diri di bilik bacaan. Arissa diabaikan sehingga gadis itu mulai memberontak, cuba mempertikaikan haknya sebagai seorang isteri. Apa salahnya pada lelaki itu?
“Kenapa awak berubah sampai macam tu, Ryan? Awak bukanlah Ryan yang saya kenal dahulu..” Arissa merenung nasibnya yang malang. Adrian adalah anak kepada sahabat baik ibu dan bapanya. Selama ini, pemuda itu merupakan sahabat yang sangat baik. Pemuda itu tidak akan menyakiti hati gadis itu dengan kata-kata kasar dari mulutnya. Tapi mengapakah kelakuannya semakin berubah baru-baru ini? Arissa mengaku, di antara mereka berdua mungkin tiada secalit cinta pun. Namun, dia tidak berharap agar hubungannya dan Adrian berakhir dengan penceraian. Ini pasti akan melukakan hati keluarganya yang begitu mengharap.
Si gadis mencapai telefon bimbit yang terlepas dari genggamannya. Dia mahu menghubungi suaminya yang tidak tahu khabar berita. Nombor Adrian telahpun tertera di skrin telefon, hanya menunggu masa untuk menekan butang ‘call’. Arissa menarik nafas panjangnya lantas dia menekan butang tersebut. Beberapa deringan kedengaran sebelum panggilannya berjawab.
“Hello, Ryan. Erm.. You okey tak ni?” Arissa mulai bersuara, menyapa pemuda yang menjawab panggilannya. Kedengaran hembusan berat nafas pemuda itu di hujung talian. Arissa tidak sedap hati saat itu.
“Enough, Rissa. I’m sorry but I can’t take it anymore. It’s over….”
4
“Ryan! Apa maksud you, hah? You nak berpisah ke..?” Soal Arissa Azzalea setibanya dia di rumah. Adrian yang sedang makan di dapur terkejut mendengar suara lantang Arissa. Pemuda itu kemudiannya meneruskan semula suapannya. Bubur segera yang masih panas ditiupnya berkali-kali. Arissa memandang pemuda itu dengan pandangan berkaca. Dia segera pulang ke rumah setelah Adrian menamatkan panggilannya tanpa berkata selamat tinggal. Gadis itu menghampiri Adrian yang tidak memandangnya.
“Kenapa balik?” Soal Adrian perlahan namun jelas kedengaran di telinga Arissa. Arissa Azzalea menghampiri pemuda itu. Dia memegang tangan pemuda tersebut. Air muka Adrian mulai berubah namun dia cuba untuk tidak menunjukkan perasaannya yang mulai bergelora. Arissa mengambil cawan yang mengandungi bubur segera dari tangan Adrian. Dia meletakkannya di atas meja. Adrian menundukkan wajahnya. Dia tidak mahu memandang wajah Arissa Azzalea yang membunuh hatinya. Dia terlalu penat mahu melayan rasa yang terpendam di dada. Jika gadis itu benar-benar mahukan perpisahan, itulah yang akan diberikan olehnya. Lagipun, sering sangat telinganya mendengar ucapan selamat tinggal daripada Arissa sampaikan dia sudah tidak mahu memperdulikannya lagi. Kini, gilirannya pula untuk memberikan kata putus terhadap apa yang diingini Arissa selama ini. Dia tidak mahu menahan apa-apa beban di hati lagi.
“You pasti yang you nak berpisah..? Ryan, pandang I..” Ujar Arissa. Adrian tidak mahu mengangkat wajahnya. Dia tidak mahu menaruh harapan lagi apabila memandang mata isterinya itu. Pemuda itu hanya mengangguk. Arissa menekup mulutnya dengan telapak tangan. Adrian benar-benar tawar hati dengannya kini. Peristiwa hitam yang menimpa mereka berdua benar-benar memberi impak yang besar kepada Adrian. Pemuda itu tak mampu lagi menahan rasa serba-salahnya.
“I will send my lawyer. After that, you will never see my face ever again. I’m going back to America. Ini satu-satunya cara I nak tebus kesalahan I,” Adrian memeranjatkan Arissa. Pemuda itu benar-benar maksudkannya!
5
Arissa Azzalea terjelepuk di atas lantai. Dia mengerti akan semua yang telah terjadi, mengapa Adrian berubah sebegitu rupa. Pemuda itu telah melakukan sesuatu yang tidak dapat dilupakan gadis itu sehingga kini. Arissa tahu, Adrian berasa menyesal akan perbuatannya dan tidak dapat memaafkan dirinya sendiri atas kesalahan tersebut. Pemuda itu pasti, Arissa tidak akan memaafkannya seumur hidupnya. Ini sahaja jalan yang terbuka untuk mereka berdua memulakan hidup baru. Perkahwinan mereka harus diakhiri. Itu sahaja yang diperlukan untuk memuaskan hati Arissa Azzalea.
“Why? You are so mean to me, Ryan!” Arissa bersuara kembali. Adrian membelakanginya. Dia tidak mahu kelihatan lemah di hadapan wanita tersebut. Matanya mulai bergenang dengan air mata. Arissa menarik perlahan baju yang dipakai pemuda itu. Adrian mulai sebak. Dia menolak tangan yang memaut di t-shirtnya itu. Pemuda itu mulai melangkah, mahu beredar. Namun, Arissa bingkas mendapatkan kaki pemuda tersebut. Langkahnya terhenti.
“Bukankah ini yang you nak sejak mula kita kahwin?” Adrian bersuara. Arissa menggeleng. Dia tidak maksudkan kata-kata kasar yang telah dilemparkan kepada Adrian. Dia tidak mahu kehilangan seorang sahabat seperti pemuda itu.
“I tak tahu nak jawab apa pada mama dan papa kalau you tinggalkan I, Ryan!” Arissa Azzalea cuba membuat alasan.
“Just kata yang semua ni salah I. I bukan suami yang baik pada you dan I dah buat hidup you menderita. You tak perlu risau, I akan bincang dengan mama dan papa you. Lepas ni you boleh tarik nafas lega bila I dah tak ada depan mata you lagi,” Adrian menambahkan rasa serba-salah yang sedang dirasakan oleh Arissa Azzalea. “Tak, Ryan! Bukan tu yang I nakkan! Ini semua bukan salah you!” sejurus Arissa bersuara, Adrian memalingkan wajahnya.
“Look at me, Arissa Azzalea! I ni pembunuh! I dah bunuh anak kita! Do you understand? I will never forget what I’ve done! It’s killing me, okay?!” Adrian menengking kasar Arissa. Gadis itu terdiam. Ternyata andaiannya tepat sekali.
6
BEBERAPA BULAN LEPAS
Dua batang tubuh kelihatan sedang berlari-lari anak di tepi pantai. Suasana yang redup dan berangin benar-benar memberikan semangat buat mereka berdua untuk bersuka ria di situ. Kelihatan sang pemuda sedang mengorek sesuatu di dalam pasir berhampiran dengan pokok kayu yang sudah mereput. Si gadis pula sibuk bermain air di gigi pantai.
“Hey, look at what I found! Arissa! Come here!” Panggil Adrian. Pemuda itu menjumpai sesuatu di dalam pasir. Arissa Azzalea segera menuju ke arah pemuda tersebut. Dia melihat apa yang berada di tangan pemuda itu.
“Botol? Ee.. Apalah kau ni. Kotornya.. Eh? Buatnya ada apa-apa yang tak elok dalam botol ni macam mana? Aku takutlah..!” Arissa memegang bahu pemuda tersebut. Ibunya pernah berkata orang dulu-dulu selalunya membuang ‘benda’ dengan cara memasukkannya di dalam botol kosong dan kemudiannya dicampakkan ke laut.
“Apa kau mengarut ni, Arissa? Well, maybe there’s people throwing bottle with love letter to the sea. Romantic, huh? I think I saw something in here. Look,” Adrian menggosok botol yang kelihatan agak kotor itu. Samar-samar kelihatan ada sesuatu yang berada di dalam botol tersebut. Adrian tersenyum lebar. Pemuda itu membuka penutup botol tersebut. Arissa takut-takut untuk melihat. Dia bersembunyi di belakang pemuda itu. Adrian mengeluarkan isi botol tersebut. Ternyata ia adalah sepucuk surat. Semakin seronok pemuda itu. Tangannya membuka helaian surat yang tergulung rapi.
“You will know that you love someone when you want her to be happy. Even if that means you’re not a part of her happiness. Don’t ever give up if you still want to try. Don’t ever wipe your tears if you still want to cry. Don’t ever settle for an answer if you still want to know. Don’t ever say you don’t love her if you can’t let her go.”
Thomas J Dawson. April 1937
7
“Seriously, it’s a love letter! Arissa, bacalah! Wow, tak sangka.. It’s been written over 70 years ago! Amazing!” Adrian bersemangat. Arissa dihurungi tanda tanya. Dia mencapai cebisan kertas tersebut dan mula membaca kandungannya. Gadis itu menekup mulutnya dengan tapak tangan kiri. Tak sangka pemuda itu menjumpai cebisan kertas yang ditulis hampir tujuh puluh tahun lepas. Arissa meneliti setiap baris ayat dalam kertas tersebut. Adrian tersenyum lebar. Dia memandang wajah Arissa Azzalea dengan riak yang gembira dan teruja. Tiba-tiba Arissa meletakkan kertas tersebut di atas tapak tangan pemuda itu.
“Nothing special about this thing. It’s not a love letter, you idiot. This is love quote. Aku pernah baca dalam bukulah,” Arissa menepuk kepala pemuda tersebut. Adrian mencebik masam. Arissa memang tidak supportive!
“Cakaplah apa yang kau suka, Cik Arissa Azzalea. I will keep it as my collection. Bukan senang nak dapat benda-benda macam ni,” Adrian mengomel. Dia memasukkan cebisan kertas tersebut kembali ke dalam botol. Lantas, pemuda tersebut berlari membawa botol tersebut ke dalam Lotus Ellisenya yang berwarna kuning. Arissa Azzalea menggaru kepalanya yang tidak gatal. Dia melangkah menuju ke arah pemuda tersebut. Tidak mengerti bagaimana secebis kertas buruk boleh menggembirakan hati si pemuda sebegitu rupa.
“Weh, kau tak lapar ke? Belanjalah aku makan, Ryan!” Jerit Arissa dari jauh. Adrian tersengih lalu dia menggeleng. “Buat apa aku nak belanja kau? Suruhlah boyfriend kau yang belanja. Aku ni miskin, tak berduit..!” Sengaja pemuda tersebut bergurau. Arissa menjelirkan lidahnya. Sahabat baiknya itu langsung tidak mengubah perangai meskipun lebih lima belas tahun dia menetap di Amerika. Masih nakal dan happy-go-lucky orangnya.
“Pantai dekat Malaysia memang cantik! I love it! Arissa! Kau teman aku pusing-pusing satu Malaysia ya? I wanna see it all! Gorgeous!” Suara girang Adrian kedengaran di telinga gadis tersebut. Iftiqah mulai mengomel sendirian.
Ini yang aku malas ni. Menyesal aku kawan dengan mat salleh celup ni. Dia ingat aku ni apa? Pemandu pelancong ke? Suka-suka hati dia je. Erghh..
Arissa Azzalea masuk ke dalam perut kereta mewah milik pemuda tersebut. It's going to be a long torture for sure.