Thursday, September 26, 2013

Me and my new life!

ASSALAMUALAIKUMWARAHMATULLAHIWABARAKATUH!

Ya Allah! Dah lama gila Bintang tak tuis entry kan? Hummm. My bad. Bintang rindukan awak awak semua tahu! Miss you sooo much. Dah dekat setahun lebih menyepi, esti wak awak semua dah lupakan Bintang. For your information, Bintang sekarang sudah sah bergelar isteri kepada Omarion Yayang. Bintang diijabkbulkan pada hujung tahun lepas and now i'm expecting baby! Okay let me show you the proofs.

Me at the engagement party, 29 September 2012.

This is my engagement ring.
Okay done with the engagement. Bintang bertunang dengn Omarion Yayng for just about 2 and a half moth aje. Wow! Awak awak semua mesti fikir "Cepatnya!" HAHAHA. Well, what can I say. Gatal sanga dah tu. So the next thing is, I wanna show you my wedding picture. Tak banyak okay!

Ciuman setelah sah bergelar isteri Omarion pada 15 Disember 2012.

With kawan satu tempat kerja, Dayah. Mekap by pengantin sendiri.

Serba sedikit gambar selepas akad nikah. Credit to Mama Aainaa.

Ini plak waktu bersanding. Baju yang cantik dari Mama Aainaa.

Bersama Nissa dan Ina yang sekarang tenah pregnant jugak. Bunting pelamin!
Okay done with the wedding. Now i'm pouly present, The Heavily Pregnant Bintang and her future baby! Mula mula mengandung sangat skinny disebabkan alahan yang teruk sehingga Bntang kehilangan almost 12 kgs! Tapi after the baby capai empat bulan, all the pregnancy symtoms are gone and i'm fat again. Haiyyooo.
This is me with husband. Macam makin cun je Bintang kan? My Omarion getting fat!

This picture was taken on Aidulfitri baru baru ni. See, i told you he's getting bigger.

Tadaa! My baby bump! Do i still looks pretty? Please say yes!

The heroine! 4D scan at WY KO. Shes a girl! 
Sekarang, tanggal pada har ni, Bintang sedang mengandung 8 bulan, 3 minggu dan 2 hari. Thats mean, bila bila masa sahaja Bintang boleh lahirkan this Mike Tyson Hyperactive baby! Wah excited benau saya! Doakan Bintang selamat melahirkan this cutie dan berbahagia sehingga akhir hayat bersama Omarion Yayang. Married life is fun! Go and get married!

Thats all for todays entry. Insyallah, bila ada kesempatan Bintang akan menulis lagi. Hopefully awak awak semua masih sudi membaca and next time i will upload my baby! Insyallah! Thank you so much for reading and i love you all. (Thanks for spending time reading my loooongggg entry today) Muahhh!!

ASSALAMUALAIKUMWARAHMATULLAHIWABARAKATUH!


Monday, February 20, 2012

Sungguh Tak Professional!

Assalamualaikum!

HAHA! Lama tak dengar khabar kan, peeps? Ada cerita baru. Bintang dah berenti kerja. Yes. Ceritanya bermula macam ni. Minggu lepas, Bintang patut outstation ke Terengganu for 1 week and Kelantan for 1 week jugak. After pergi Terengganu tu, stress dengan partner segala, company pulak. Hadeh. Last last tekad. Dari Terengganu terus cabut lari, tamau pergi Kelantan lah kiranya. HAHA. Pagi pagi bangun, cari tiket bas then terus cabut balik Kuantan. HAHA. Sarkastik sungguh. Macam PATI pun ada. So i quit the job and right now i'm jobless. Tarahal. Lantakkan. Esok ada interview GD. Graphic Designer dekat ASR Deco. Entah jalan ke tak pasal resume macam tak lengkap aje. HAHA. Biarlah. Tak professional langsung kan! Pedulikan! Pedulikan!


Sekarang problem tambah 1 lagi. My Mr.Ex macam nak kembali semula. OMG! OMG! Macam macam cara dia buat nak tambat hati Bintang. Mungkin dia tak laku kot? (Gila bajet hot pulak seketika) Mungkin dalam hati ni ada lagi sikit perasaan yang tertinggal tapi tak mungkinlah Bintang nak balik semula dengan dia. Bintang tahu, 3 tahun Bintang hidup dengan dia, sayang pada dia, cinta dekat dia sampai separuh mati dulu. And sebetulnya memang SEPARUH MATI. Dah macam zombie hidup ini. Tak tentu arah. Keprcayaan ni kalau kita bagi dah dirobek, susah nak diterima balik. Sama macam peluang. Bukan sekali dua Bintang bagi dia peluang untuk berubah. Banyak kali sangat. Bila dah terlewat baru nak menyesal. Bak kata orang tua. Bila dah terhantuk baru nak tengadah.Tapi tu cerita lama. Sekarang kan dah ada Omarion Yayang. Omarion baik sangat dengan Bintang. Hidup Bintang ibarat dihiasi pelangi cinta! Cewah metafora! Tapi seriously memang Bintang bahagia. Mana sanggup Bintang nak khianat dia kan? Bintang sayannnnnggggg sangat dengan Omarion. HAHA. Omarion I love you soooo damn much! Muah! Assalamualaikum!



Sunday, January 22, 2012

Semuanya Kucar Kacir!

Assalamualaikum!

Hai. Dah lama Bintang senyapkan diri dari sebarang entry. Dekat blog ni mahupun blog Etymology Of The Bintangs. Hemm..Kerja baru Bintang sangat mencabar jiwa raga. And actually Bintang rasa tertipu. Indah khabar dari rupa. Well. Bintang tak rasa seronok dengan kerja yang ada sekarang. Kerja yang penuh dengan kerenah manusia. Ah sakitnya hatiku. Benci bukan kepalang. Tak pernah jumpa sekelompok insan yang bermuka muka. Macam macam perangai Bintang jumpa. Yang penipu bagai nak gila, yang gila kuasa, yang suka memperalatkan orang, yang annoying. Hermmm. Cuma ada dua tiga orang yang Bintang boleh ngam dekat situ. Belaka pentingkan diri. Itulah orang cakap, kalau kita keluar dari kepompong selamat, macam macam yang kita boleh tengok. Meluat. Seriously shit. Langsung tak macam masa Bintang kerja farmasi or dekat Celcom. Diorang concern about other feeling. But dekat sini, ibaratkan macam hidup dekat tengah lautan yang dikelilingi jerung. Macam shit sungguh.

Herm.. Mungkin rezeki belum sampai kot. Blog tak boleh update selalu dah. Idea hilang, masa tak ada. Macam hape dah. Gila aku dibuatnya. Haduh.

Sekarang mood really really really tak baik. Dengan hati sakit, pujaan jiwa pulak buat hal. Bengang bukan kepalang dah ni. Bukan hape. Terasa hatilah. Isnin sampai jumaat Bintang punya gila gila tak ada masa nak berkeluarga segala. Kena curi curi masa untuk bermesra, untuk tak bagi pujaan hati rasa kehilangan ataupun ditinggalkan. Haduh. Tapi kenapa tak fikir benda yang sama? Bila dah ada masa nak diluangkan dia pulak nak sibuk sibukkan diri. Siapa tak marah. Sabtu Ahad ni lah peluang nak bersama tapi dia? Haduh. Bongok betul lah mamat ni. Baik Bintang kerja tiap tiap hari. Biar takde masa untuk dia baru dia sedar perasaan Bintang sekarang ni. Bonget bonget bonget punya Omarion! Arghhh! Nak aje aku sepak laju laju mamat ni. 

Dahlah. Malas nak tulis lagi. Makin bengang Bintag dibuatnya.Sengaja je tulis entry luahkan perasaan sikit. Haduh. Assalamualaikum peeps!

Thursday, December 29, 2011

Farewell 2011, Hello 2012!

Assalamualaikum!

Hai awak awak semua yang Bintang sayangi. Apa khabar? Sehat kah? HAHA. Kalau sihat alhamdulillah kalau tak sihat, pergilah klinik dapatkan rawatan yang selanjutnya. Hehe. Haaa. Awak awak semua sedar tak yang lip lap lip lap je hanya tingga dua hari lagi before kita menjejakkan kaki ke tahun 2012.

Please don't go to toilet at 11.59 p.m at 31 December because, you definitely will coming out next year! HAHA.

Okay. So bila nak tiba je tahun baru, mestinya awak awak semua akan tanam azam yang baru kan? Rasanya mustahillah tak terdetik hati nak tanam azam, right? Nak jugak Bintang tahu apa azam awak awak semua. So tak apalah. Bintang sekarang nak cerita pasal azam Bintang today.

  • 4 January ni Bintang akan memulakan pekerjaan baru. Hopefully Bintang dapat bekerja dengan elok dan tak ada masalah. 
  • Sentiasa bahagia dengan family and especially my Omarion Yayang.
  • Bintang nak cari duit banyak-banyak. Nak cepat kaya. Nak ada kereta sendiri.
  • Penting! Kuruskan badan. Tamau gemuk gemuk!
  • Penting! Jadi hamba Allah yang lebih lebih lebih baik. Insyallah!
  • Can get along with everyone.
  • Nak jadi cantik! Yes!
Wah banyak sungguh azam Bintang., Ta tahulah tercapai ke tidak. Takpe. Pelan pelan. ada 12 bulan untuk merancang. HAHA. So what about you guys?

GOODLUCK! Assalamualaikum!

Wednesday, December 21, 2011

Omaigustavo!

Assalamualaikum!
I'm dead meat! Entah macam mana semalam, masa kerja DUIT BIL tak cukup! Aisey! Mana pergi. Matilah Bintang kena ganti duit customer! Lantas ini membuatkan Bintang rasa down nak kerja ni. Aish. Menyampah betul. Apa yang salah pun Bintang tak tahulah. Mungkin tak ambil duit kot? Haduh pening memikirkannya. Selamat tak mengigau semalam. HAHA.

Esok interview dekat Global Factor. Job apa? Sales executive. Bunyi macam gempak. HAHA. Insyallah ada rezeki dapatlah. Bintang memang perlukan money teramat amat amat. HAHA. Pukul 2:45 petang interview tersebut. Pagi pulak ingat nak pergi interview dekat Hicom. Mana tahu ada rezeki, dapat lah kerja yang lebih masyuk. HAHA. 


Belajar malas, nak kerja je. Bila dah kerja kompelin gaji sikit pulak. HAHA. Kau nak berapa ribu lagi Bintang oi? 2? 3? tak.. Bintang nak 5 ribu! Perasan! Ya Allah, berikan aku rezeki dan peluang yang lebih baik. Aminn.. :D

So somebody please hire me bebeh!

Friday, December 16, 2011

Kesabaranku Dicabar Lagi!

Assalamualaikum!

Great! Everyday buat Bintang naik hangin. Esok ingat nak pergi bersia-siar dengan The Triplet and ofkos dengan my darling, Omarion sambil berpicnic gitu. (walaupun sekarang musim hujan. Apadehal?) Seriouly tiba-tiba tak ada angin, tak ada taufan mahupun letupan gunung berapi berlaku, bonus yang sungguh Bintang harapkan tu tak masuk pun dalam akaun Cimb Bank Bintang (sehari dah chek nearly 8 kali dah, semangat punya hal) What the fisherman friend?? Ah. Kerja sini memang menguji setiap genap kesabaran yang Bintang ada. Padahal dalam hati bukan main lagi ekcited nak keluar, nak belanja adik-adik makan (ceh belagak akak mithali weyh)

Marah. Aduh. Tension nya. Hilang mood nak buat puding triffle. Baru mengidam sikit. Hampeh betul. Ni yang buat Bintang tak ada mood nak kerja sungguh-sungguh ni. Dahlah kerja tiap tiap bulan gaji dapat lambat. Aduh kenapa lah. Apa masalah dengan pengurusan pekerja company Bintang ni? Kang pakat-pakat berhenti kerja kang! Stresss.. Mahu sahaja ku kelar bos seperti gambar di bawah. I wish.


Kalau ada rezeki, silalah bagi Bintang peluang pekerjaan yang lain. Biarlah kerja yang lagi elok, stabil supaya Bintang boleh simpan duit untuk meminang Omarion. Astaghfirullahalazim. Ya Allah, berikan aku kesabaran untuk menghadapi hidup bekerja di Celcom ini. Amin.

Tuesday, December 13, 2011

What's Wrong Bintang?

Assalamualaikum!

Hello peeps! Seriously Bintang banyak sangat masa nak menulis today. HAHA. Nak bincang beberapa isu sekarang. Isu yang mungkin ada kaitan dengan umat manusia zaman sekarang. HAHA! Bintang just nak sahare je pendapat Bintang tentang dunia zaman sekarang.

1. HUKUM HUDUD

For your information, Bintang rasa dunia kita ni macam dah sampai akhir zaman dah. You all pun sedar tapi buat buat tatahu aje kan? Seriously. Bintang dah naik fedup tengok artis and even orang orang kita sendiri buat tak tahu je dengan semua ni. Clubbing, minum arak, merokok, seks bebas macam dah jadi trend anak-anak muda sekarang. Bukan takat anak muda, orang tua pun dua kali lima. Dekat ic dah tercatat dia ada 'bin' dan jugak 'binti'. Pergh. Ini lah kita panggil Islam pada nama. Agaknya diorang nak bala turun macam zaman nabi dulu-dulu baru insaf kot? 

Sekarang ni, kalau kita lihat dekat Indon, Islam boleh kawin dengan kafir tanpa orang kafir tu convert ke Islam. What? Ajaran mana kau pakai ni? Sekarang Bintang respect sangat pada negara Brunei. Sultan mereka, iaitu penyelamat agama di Brunei dengan bijaknya menitahkan negaranya akan mengadakan satu akta yang akan mematuhi undang-undang Islam. So cool. Sultan yang bijak! Klik SINI ini untuk membaca dengan lebih lanjut mengenai persoalan HUKUM HUDUD di Brunei.Cuba fikirkan apa yang akan terjadi apabila hukum ini dijalankan di Malaysia? Mungkin manusia yang dah tak ada akhlak bakal convert ke agama lain?

P/S: Kalau hukum ni dijalankan di Malaysia insyallah ramai yang kembali ke landasan yang betul, terutamanya Bintang ni. (rendah diri) Cakap punya cakap, sedikit sebanyak menimbulkan keinsafan. No need to berpoya-poya lagi ye Bintang. =.=" Duduk rumah jaga akhlak kamu dan  tunggu Omar masuk minang.


2. FACEBOOK

Awak awak semua sedar tak sejak adanya FACEBOOK atau bak kata Najwa Latif, Muka Buku (yang langsung terbalik. Sepatutnya Buku Muka) pelbagai masalah yang timbul. Seriously Bintang cakap. Macam masalah Bintang ni, rajin update status. Bila rasa windu, update. Bila rasa bosan, update. Bila rasa geram update. Same goes to you all jugak kan? Perbalan sering terjadi. Like beberapa hari lepas. Ada seorang kawan menghupdate statusnya, so secara semulajadinya Bintang ingat  dia mention Bintang (perasan famous) and then tercetuslah rasa marah, sedih dan terkilan.Pastu Bintang pulak update status Bintang mention ke dia and dia sedar. Last last jadi awkward and paling penting, mencetuskan rasa dingin diantara kami. Okay. Memang Bintang salah. Sensitivity took mu brain away. HAHA.Sorry kawan.

So awak awak semua faham tak apa yang cuba Bintang cakap sekarang. Facebook ni banyak menimbulkan masalah. Itu belum kira dengan gambar yang ada dekat situ. Macam macam. Geli, mual, menyampah, meluatkan, semua ada bila tengok. Kadang kadang ada yang tak sedar perlakuan dia, gambar yang dia taruk orang lain dok kutuk. And satu lagi, jangan lah letak gambar bukan bukan. Nanti kalau kena santau sape susah? Diri sendiri jugak. Bintang tak peduli hal awak awak awak semua. 

P/S: Lepas ni taknak update status dah. Nak main Sims je dekat FB sambil kacau orang kiri kanan. HAHA!


3. MASYARAKAT TIDAK BERSYUKUR

Dekat negara lain mana ada kerajaan dok bersusah payah nak bantu rakyat. Lantak pi lah diorang punya negara. Dekat sini, mean Malaysia, awak awak semua tak nampak ke betapa kita ni 'RAKYAT DIDAHULUKAN'? Dekat tempat lain, negara lain, ada ke kerajaan nak bagi duit segala? Memang semua yang dia bagi tu duit kita jugak tapi sedarkan awak awak semua, kita ni beruntung?  Hulamak. Kalau tak sedar nampak sangat awak awak semua ni buta. Time nak pangkah undi, undi orang lain. Masa kerajaan bagi habuan semuanya berebut sampai terlupa siapa sokong siapa. Busuk punya orang. 

Lepas tu Bintang tengok ada pulak kempen ke apa entah benda berkaitan dengan mempertahankan hak orang gay lesbian segala ni. Stupid Ambiga. Ni negara Islam. Nak jadi gay, convert, buang kerakyatan anda tu . Balik je India. Jangan banyak cerita. Jangan jadi macam satu negara tu. Tahu tak negara mana? Negara dengan majoriti rakyat Islam tapi perangai rakyatnya? Great!!! Fikirlah ya dahlings. Today Bintang berpolitik sikit. Lantaklah. Nak baca baca tanak baca tutup.


P/S: Sedar sedarlah. Tak lama kita hidup ni. Ingat zaman tua awak awak semua boleh tebus ke segala dosa awak awak semua? Jawapannya: NO. Jadilah manusia yang bertamadun. Jangan ikut contoh negara lain. Kalau nak ambil contoh, sila contohi BRUNEI. Saya Bintang melaporkan dari Malaysia. Saya bukan rakyat Brunei tapi I wish. HAHA.

Tuesday, October 4, 2011

Hope

ASSALAMUALAIKUM

Okay good news! Hari Isnin, Bintang ada pergi interview di satu farmasi. Mintak kerjalah apa lagi. That puan yang interview tu cakap dalam seminggu dia akan roger if Bintang dapat kerja tersebut. And yes, about 9 hours later dia call Bintang and asked me if i'm interested to grab that job. Good huh? Tapi Bintang hold on dulu, tak bagi lagi dia punya answer. HAHA. About ten minute after that call, Celcom call Bintang pulak. Asking if I interested to have an interview with them. And I also agree. S petang tadi dalam pukul 3.30 Bintang pegi lah interview. So nampak sangat lah beza gaji antara dua tempat tu. Esok Bintang start keje dekat farmasi. Kalau ada rezeki dekat celcom tu diterima, terpaksa decline tawaran farmasi, maybe berenti terus. So apa-apa pun Bintang mencari rezeki yang halal. Doakan Bintang berjaya dalam hidup. =)

Thursday, September 29, 2011

Handphone baru.. LAGI! Yeay!

I GOT NEW HANDPHONE!
IT'S FREE! ITS FREE! 

HAHA! Bangga betul. One day, rasa-rasa Bintang dalam sebulan lepas dapat satu call. Daripada Machik CELCOM. Dia cakap Bintang dapat HP free. FREE! Memang masa tu tarak percayalah kan? Tapi machik tu sebut alamat Bintang, nama penoh Bintang. Aik pelik. Apasal tiba-tiba nak bagi HP lak? Mana ada masuk pape. Musykil. Walaweyh. Tapi dah orang nak bagi, terima ajelah kan! 

Hari ni tiba-tiba pihak Fed-Ex call, tanya pasal penghantaran ni. Huh! Machik Celcom tak bohong! Ni sayang Machik Celcom lebih-lebih ni! Machik, minta maaf banyak-banyak selama ni Bintang dan Omarion banyak mengumpat machik. Hukhuk. Tak sangka machik berhati mulia. Thengkaseh untuk HP raya ni. Ilebiuuuuu machikkkk..!!

"SPECIAL TOKEN REWARD-FREE NOKIA 2220 MOBILE PHONE"

Machik Celcom cakap : Thank you for partipating in our recent "Double Up & Win" campaign. (Bintang pun tatahu bila masa Bintang amek join. HAHA!) We are pleased to reward you with one (1) unit of new Nokia 2220 mobile phone for your kind participation. This speacial reward is our way to expressing our gratitude for your support and loyalty to Celcom.

Ekcelinya Bintang rasa sebab dia bagi dalam past 6 month Bintang punya topup macam nak gila. Sebulan nearly 2rat lebey. Jasa bercinta dengan Omarion, dapat HP baru. Yeay. Now HP dah ada 4 dah. 1 Nokia N73 tersayang, 1 Samsung Champ hadiah daripada Omarion tercinta, 1 CSL yang murah je dan terbaru hadiah daripada Machik Celcom tersayang, Nokia 2220! Wah! Banyak betul. Dengki tak? HAHA! Nanti Bintang pakai Digi, Celcom, Maxis dan U Mobile lah! Bagus, Bintang ni penyumbang ke arah kemajuan ekonomi Malaysia! HAHA.

Yeah! Yang inilah Bintang dapat. Ah pedulikan walaupun dia murah ke hapa! Janji dapat FREE!  Awak awak semua tak dapat sebab tu dengki kan? Ngaku ajelah!
Bintang eksited bila nampak kotak dia tunjuk kaler Pink. Brulah GIRLY sikit kan. Tapi haram. Dapat warna HITAM.  
Okaylah Peeps! Dah puas berlagak. HAHA! Bintang memang Ohsem. See ya next time gorgeous! Bye!

Monday, September 26, 2011

Atelopohia maybe?

ASSALAMUALAIKUM

Yes. I might suffer from Atelophobia. Do you know what exactly Atelophobia means? It's mean a fear of not being good enough. Yes I do felt that way right now. Sometimes when people keep hoping me or push me to do something that I cannot afford to do, it's felt some kind of frustrated. Then, those nasty feeling keep whisper in my ears. My confident decrease day by day. At a moment, i think i better stop. Stop from doing all of the stuff that make me stress. Maybe i need a break. Maybe i need to calm myself and start to think about my own feeling. I don't wanna be a jack ass. Will you give me some space? Let me think straight. I do love all of you but after all, you keep pushing me out and that's make me worry. I don't want to let all of you down. That's my biggerst fear after all. Hope you understand. T.T Sad.


Tuesday, September 20, 2011

Tahap Bosan Melampau!

ASSALAMUALAIKUM!

Yes. Memang bosan pun. HAHA! Saje nak semakkan blog sebenaranya ni. Lately, semua dalam rumah tak sihat. Bermula daripada father yang seminggu  demam, then berjangkit kepada the kembars and adik bongsu. Habis semua tak pergi sekolah. Tapi bila dok rumah nampak macam segar bugar bak sayur yang baru dipetik dari ladang je? Humm.. Suspicious! Demam ke idak neh sebenarnya? (tengah tengok kembars buat air sambil makan makan) =_="

Pagi ni ingatnya nak pegi Kuantan, teman si Pkah tu keluar. Entah apa nak dicarinya kat sana Bintang pun tarak tahu. HAHA. Apa yang penting, dia supot. Well you know me. Tak kerja, pitih pun tak masuk. Sengkek tahap gila baban dah ni (smbil memandang purse yang kosong). Gua sikalang lagi miskin dari pengemis tahu takkkk??? Urgghhh!! 

Ya Allah ya tuhanku... Berilah hamba-Mu ini satu pekerjaan. Kurniakan rezeki buat hamba-Mu ini.

Isk isk. Sedih. Tiba-tiba teringat pasal resume yang kool macam tak ingat dunia tu. Agak-agak abang polis tu hantar tak ke HR. Aduhai. Abang polis ni nak mengorat tak kena masalah.(poyo) Orang nak interview dengan HR, bukan dia. (mungkin dulu dia bercita cita nak jadi juri  Malaysia Idol kot) Kalau kau tak hantar esok lusa Bintang bakar kilang VW tu! Baru puas hati! Erk.. Ya Allah. Buruk sungguh perangai Bintang.

And oh! Kepada kawan kawanku yang baik hati sekalian, err..I mean, bekas kawan seperjuangan yang kini dah berada jauh di mata tapi dekat di hati, Amber, Wawa, Ida, Nik, Yuyu, Shu dan sesape yang berkenaan, selamat maju jaya dan semoga sihat selalu. Bintang miss you ol! Muah muah! 

Hadoi. Serangan sakit pwot sudah melanda. So sampai disini sahaja Bintang brot bret brot bret okay? Assalamualaikumwarahmatullahiwabarakatuh!

Monday, September 19, 2011

Bismillah

ASSALAMUALAIKUM!

Dalam masa seminggu ni Bintang agak bz lah nak upload entry baru dalam E-Novel Bintang dalam Etymology of The Bintangs. Haish. Penat! So here's the story for today. Pagi tadi Bintang dah hantar resume & sijil segala dkt Volkswagen. Tujuannya? Oh simple asa ABC. Cari KERJA. Tak kisah lah janji halah. Insyallah kalau ada rezeki Bintang tak akan bergelar penanam anggur yang hampeh lagi. Nak kerja dekat office pulak. Dok dalam ekon pulak lah. Mintak mintak lah tuhan makbulkan doa Bintang ni. Aminnn...

Story yang dah tak berapa baru pulak, soon my dearest VAIOletta bakal meninggalkan Bintang untuk selamanya. Wuu.. Macam mana nak upload novel? Macam mana nak brot bret brot bret kat awak awak semua? Uwaaa.. No worries. Beli aje lappy baru. Yang lagi canggih tapi murah dari VAIOlette sayang ni. HAHA! (ketawa dah tak berapa nak ikhlas) Contohnya macam yang  kat bawah ni.



Cool jugak kan? Tak mahal tapi cantik. I'm soooo into x-slim lappy now. Okay now sila bagi Bintang duit bcoz Bintang nak beli lappy baru. Eksited ni! Thengkaseh dan selamat maju jaya. Assalamualaikum!

Thursday, September 15, 2011

Yeay! Yeay! Blog baru!

Okay! Berita baru! Berita baru! Bintang dah ada blog baru lah. Blog di mana bintang letakkan novel-novel yang Bintang tulis selama ni. Haha. Cool tak? Tak percaya? Bintang ada bukti. Okay Bintang tamo cakap banyak-banyak. Klik dekat  Etymology of The Bintangs kalau tak percaya. Dekat sana Bintang dah taruk novel-novel yang Bintang dah buat. So kalau rajin jenguk-jenguk and kalau teramatlah rajinnya, baca dan follow sekali okay sayangs! HAHA! Poyo sangat dah ni!

Kan Bintang  dah cakap. Tak tipu punya. Ni kerja orang yang  tak ada kerja. HAHA!
Okay peeps! Dekat bawah ni Bintang nak perkenalkan anata novel-novel yang Bintang sedang usahakan. 3?? Biar betik Bintang ni kan? Tamak sungguh beliau! Ah persetankan semua itu. Bintang tahulah apa Bintang buat. Awak awak semua baca kalau awak nak. Tak paksa langsung Bintang! HAHA! Okay, First of all, Kejora Cinta Adrian yang awak awak semua cukup maklum pada entry yang lepas. Sekarang tambah lagi dua iaitu Love Me or Love Me Not dan jugak Pertama dan Terakhir. So Bintang harap awak awak semua ni sokonglah usaha Bintang yang tak terkira ni. Wahahaha! Cool kan Bintang sekarang? Daripada jadi actress terus betukar karier jadi novelist. Ceit! Novelist cikai tabole pakai! HAHA! Serve you right, Bintang! 

Hambek kau! Siap design cover lagi untuk novel Bintang. Cantik tak? Kalau awak awak semua kata tak cantik maknanya awak awak semua sebenarnya jeles je kan. Alah. Bintang tahulah! HAHA! Po.. po.. yoooooooooo dah!!!!
Itu aje Bintang nak cakap pada entry kali ni. Supot Bintang, jangan tak supot! Mana tahu ada rezeki dapat dibukukan novel ni. Bintang boleh belanja awak minum ABC dekat tepi rumah. HAHA! Baik kan hati Bintang? Tahu dah! Okay. That's all! Bye bye my dear sayangs! Assalamualaikumwarahmatullahiwabarakatuh peeps!

Wednesday, September 7, 2011

Pening

ASSALAMUALAIKUMWARAHMATULLAHIWABARAKATUH

PENING! kenapa lah susah sangat hidup sekarang ni. Lately banyak sangat masalah berkenaan dengan duit. Duit. Duit. Duit. Semua benda kena pakai duit. Aduh stress lah Bintang macam ni. Bengang sangat-sangat! Harapan nak sambung degree dah entah ke mana. Harapan nak kerja pun entah ke mana. Aduhai. Jadi penanam anggur yang berjaya sekarang ni! Aiyoyo. Pening pening! Hutang dah makin bertambah. Memang nak cari kerja elok-elok susah ek? Hukaloh! 

Sekarang ni, pening mengenai satu benda je lagi. KONVOKEESYEN. Ah siott lah. Bintang kan under UiTM so konvokesyen ada dua. Haish. Mampus. Dekat IKIP kena RM230, dekat UiTM pulak kena RM215 kalau tak silap. Duit lagi?? Hutang laptop dah maybe dekat 5 rat lebey dah tertunggak. HAHA! Bil broadband lagi. Nak pau father memang payah lah. Dia kan baru berenti  kerja so duit gaji tu kena simpan sikitlah. Haiyoyo. Sedih woo. Kan bagus kalau dalam dunia ni tapayah pakai duit. Pakai daun je lagi baik. Mesti kaya Bintang.  Hemm. Enuff talking lah. Pening! Pening! Pening!
Pening mak dibuatnya~

Thursday, August 25, 2011

Selamat Hari Raya!

ASSALAMUALAIKUMWARAHMATULLAHIWABARAKATUH

Hai awak awak semua! Dekat sini Bintang nak ucapkan SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI kepada awak awak semua. Kalau Bintang selalu tersalah kata atau menyakitkan hati awak awak semua, Bintang susun sepuluh jari memeohon kemaafan ye. Semoga awak awak semua memaafkan kesalahan Bintang ye. Jemputlah datang ke rumah makan kueh raya yang Bintang buat. HAHA! Okaylah. Tu aje entry Bintang untuk hari ni, dah tak ada idea nak cakap apa lagi. Oh ya! HAHA! Nak duit raya! Tu paling penting!

Thursday, August 18, 2011

Manusia manusia...

ASSALAMUALAIKUMWARAHMATULLAHIWABARAKATUH

Bintang bengang dengan sikap segelintir manusia yang tak reti nak pakai otak. Ouh anyway, nak ucap selamat berpuasa. Dah lama Bintang tak tulis apa-apa kat sini. Hemm. Cerita pasal berpuasa, seriously.. Memang banyak kot umat ISLAM mengabaikan tanggungjawab ni. Bukan susah pun nak puasa. Sebulan je kot. Bukan lama. Pada pemerhatian Bintang, semakin tua manusia ni, semakin susah dia nak kerjakan ibadah wajib tu. Budak kecik umur lima tahun yang badan cemetot pun reti nak puasa. Yang tua bangka tu pulak yang tak reti berpuasa. Humm. Sakit jugak mata Bintang memandang keadaan keliling. 

Dekat area rumah Bintang, ada satu kedai runcit tu. Warga Indonesia yang punya. Kamiorang panggil dia Bibik aje. Masalah orang tua ni iyalah, dia ni ISLAM tapi tak tahu mana pergi hati perutnya. Bulan puasakita patut tabahkan hati, kentalkan iman daripada buat perkara-perkara yang tak elok tapi hamba ALLAH sowg ni boleh lagi memberi peluang kepada saudara seISLAMnya untuk tidak berpuasa. Pagi-pagi masa hantar kembar ke sekolah, budak budak sekolah menengah sibuk merokok dekat kedai org tua tu. Tengahari makan jajan and minum kat situ. Kalau awak awak awak semua fikir dengan wajar, patutkah benda tersebut terjadi? Ke Bintang patut telepon polis je soh tangkap mereka2 yang tak bertanggungjawab tu. Hak tuih! Stupid punya manusia! Bukan mati pun kalau puasa. Bodoh!

Satu lagi jenis manusia bodoh yang tak pakai otak ialah orang yang tak menghormati orang lain. Berduyun-duyun manusia macam ni Bintang jumpa. Selfish, tak tahu malu. Argghh! Stress! Cakap bukan main besar tapi haram tade pape. Ces! Action speak louder than word. Tu yang kita patut amalkan. Entah lah, bulan Ramadhan kali ni Bintang rasa, manusia makin alpa. Makin sombong. Tak ada rasa hormat pada diri sendiri, orang lain, dan pada tuhan mereka sendiri. Insaflah wahai manusia. =(

Monday, July 25, 2011

THANK YOU YAYANG!

ASSALAMUALAIKUMWARAHMATULLAHIWABARAKATUH

After having a really tough week, finally i can take a deep relief breath. Okay. Sangat teruja! Sangat teruja ni! My sweet adorable yayang a.k.a Omarion bagi present dekat Bintang. Actually tak tahulah tu present mintak maaf atau present baik hati. Hehe! Lihatlah ini! My new handphone! Samsung Champ kaler putih. Tengok gambar sebelah ni. HAHA. Murah hati kan? Terharu i. I love it. Thank you my darling. You are so nice although beberapa hari terpaksa menahan mood i yang gila tu. Thank for being so caring. (kan before this Bintang ada mention my N73 mcm nak hidup and tidak je kan?) Okay so serve you right  N73! Kau dah ada madu yang coolio!

 

Template by Suck My Lolly - Background Image by TotallySevere.com