Wednesday, April 20, 2011

Bintang si pemalas

Assalamualaikum awak awak semua! Walaweyh! Lama tak dengar cerita! Awak awak semua sehat tak? Huhu. Baru baru ni Bintang rasa malas yarabi nak hupdate blog. Alah, bukan ada orang nak baca pun kan? Wahaha! Tengok muka klepeyek Bintang kat atas tu. Comel tak? Omarion kata comel. HAHA. Oh. Tak comel ye? Awak awak yang cakap Bintang tak comel tu dengki sebenarnya kan? HAHA! Just kidding. Ekcelinya Bintang dah tak ada idea untuk dikongsi bersama awak awak semua lah. Sat sat lagi Bintang delete lah blog ni. Eh kidding. Sayang lah kat awak awak ssemua. Tanak lah tinggalkan awak awak semua. 


Okay tipu. Bukan tade idea. Busy busy. HAHA! Baru baru ni Bintang sibuk dengan latihan badminton. HAHA! Tipu lagi. Baru 2 hari latihan badminton sebenarnya. Nanti nak wakil kolej nak g UITM Melaka 10 Mei sampai 14 Mei 2011. HAHA! Penyakit M.A.L.A.S menyerang ekcelinya. Alamak dah tak ada apa nak dicakapkan. Nantilah ye bace bebelan Bintang ni. Ada hal. HAHA. Bye bye. Assalamualaikum!

Monday, April 18, 2011

Happy birthday to me!

Yes. Believe me. It's my birthday. Tak tipu punya. Bintang takan tipu awak orang. HAHA. 

Happy birthday to me.
Happy birthday to me.
Happy birthday to Bintang Asterisk.
Happy birthday to me.

HAHA! Bintang tak expected pun dowg beli kek. Mula mula semalam after 12 o'clock in the midnight, sowg pun tade ucap "happy birthday Abby" kat dalam bilik. yang henfon tu toksah citer lah. Misti ada. Peminat Bintang semua ucap selamat hari lahir kan? HAHA! Poyo sekejab. Cerita sebenarnya macam ni. Semalam, 16 April, Bintang dah sambut awal dah dengan Omarion yayang. Tapi sekejab jelah. Keluar hostel pukul 5:50 ptg, balik 7:05 malam. Sekejab nak mampush. HAHA. So, my yayang, you are the 1st one wishing me happy 21th birthday. I love  so much. Thanks for making me happy. Bersyukur ditemukan dengan yayang. Muah!

Lepas balik tu, Bintang dan Yuyu je tinggal dekat bilik belakang. Shu balik kg. Amber ada kat umah Ida, Nick & Wawa. Malm tu kami masak jejemput pisang and buat agar agar milo. Tapi silap sikit, agar agar tu manis sangat. HAHA. Sugar rush. Arghh. Tepat pukul 12 malam Bintang dah tertido pasal penat sangat kot? Dalam pukul sebelas lebih dah landing. Sekarang pun rasa mengantuk dah. HAHA! So dijadikan cerita kawan kawan dalam bilik sowg pun tak wish birthday Bintang so rasa macam kesot hati sikit lah. Amber ngn Shu dah la takde. Sunyi. Sedey lah sowg sowg. BTW, Eqa & Aleya sent mesej kat hp Bintang. Tapi dah ngantuk sgt ta dapat nak balas da.

So esoknya, 17 April iaitu hari ulangtahun kelahiran Bintang yang ke 21, Bintang rasa macam agak sedeylah sebba kawan kawan tak semuanya ada. Duduk lah depan laptop melayan perasaan dengan my yayang yang tak habis habis buat lawak. Sekurang kurangnya ada jugak peneman di kala kesepian kan. Thengkaseh sekali lagi Omarion sayang. Petang tu, masa Bintang tengah bergelimpangan atas katil dengan kain batik and rambut yang dah macam orang kurang siuman tepi jalan, tiba-tiba muncul Amber, Nick, Ida & Wawa depan pintu sambil bawak brownies resipi rahsia. Walaweyh. Terkejut badak den dibuatnya. Terharu sangat sangta xoz Bintang ingat dowg dah lupa birthday Bintang. Terima kaseh kawan kawan sebab ingat birthday Bintang dan jugak belikan kek yang sangat sedap untuk Bintang. Bintang sayang sangat kat awak awak orang. Muah! Nah, awak awak semua tengoklah kek Bintang. Jangan jeles tahu! Hehehe.

Tertera "HB ORANG TUA ABBY 21" haha! 
Dari pandangan atas. cantik kan?
Tiba tiba je ada kek cheese si Nick & Wawa ni menyelit sekali. HAHA!
Buat buat macam kek sendiri lah. Hahaha
Chomel kan patung kecik atas kek Bintang ni? Jangan jeles taw!
Bintang memandam kan "api yang penuh dengan kegembiraan" a.k.a lilin
Dari kiri: Yuyu, Amber. Bintang, Ida dan Nick. Peace yaw.
Maseh berposing. (maaf atas gambar yang kurang jelas ya?)
Hadiah pemberian Omarion tercinta. Namanya Yayang Jr. Cute tak?
So Bintang ucapkan berjuta thengkaseh atas kebaik hatian anda semua sambut birthday Bintang. 
  1. Thengkaseh kepada yayang sebab jadi 1st person yang wish birthday and give me such an adorable gift iaitu my Yayang Jr. HAHA. I love you so much!
  2. Thengkaseh kepada Amber, Nick, Wawa & Ida sebab belikan kek yang sedap dan suprise yang unexpected. Bintang sayang kowg!
  3. Thengkaseh kepada Yuyu sebab belanja Bintang makan McD and makan makan sebelum ni. I sayang you jugak Yuyu.
  4. Thengkaseh kepada kawan kawan bilk depan iaitu Aleya, Shida, Umi & Eqa sebab sudi makan kek and wish birthday Bintang. Muah muah muah!
  5. Thengkaseh kepada sahabat handai Bintang, Amani, Pkah, kawan kawan FB yang tak putus putus wish birthday sampai pukul 12 tadi. 
  6. Yang paling penting, thengkaseh kepada Ibu & Abah yang telah melahirkan & membesarkan Bintang dengan begitu baik dan juga kepada Along, Ikah , Iyah , Aesha & Yed sebab wish birthday kakak. I love all of you. This is aa blast! The happiest birthday in my entire life! Thanks to all people. I love all of you and i said it from the bottom of my heart.

Wednesday, April 13, 2011

What the fisherman friend?

 
What the fisherman friend? Tiba tiba Bintang nak menVOODOOkan orang segala? Huahuahuahua! (ketawa jahat) Bintang memang tak puas hati betul dengan seorang mamat neh. p/s: voodoo diharamkan dalam Islam okay! Jangan nak buat buat. Gambar diatas hanyalah sebagai hisasan sahaja. Tak ada maksud yang tersirat.

Wahai manusia, jangan lah kau mengAIBkan orang. Tuhan sendiri pun menutup AIB hamba-hambanya. Janganlah kau buka pekung yang selama ini menutupi segala keAIBan nya. Bintang tak suka sangat sangat sangat dengan perangai macam ni. Kadang-kadang hidup neh kita kena banyak redha dan berserah je. Kita hanya mampu merancang, tuhan yang menentukan. Jodoh pertemuan, ajal semua, bukan kita yang tentukan so kalau dah hakikat tak ada apa apa jangan lah kau meradang dan cakap bukan bukan. Itu kita panggil TAKDIR. Boleh paham anak anak? Today Ustazah Bintang membincangkan hal ini dengan anak anak. Heee.

Okay, hari hari rasa nak marah sebab kau ni. Kau selalu je an nak mati dengan Bintang. Dah puas dah sabar. Hari hari nak kena sabar. (thengkaseh Abang Rion) Kenapa lah wujud manusia macam ni. Bintang yang happy-go-lucky ni dah tak berapa happy dibuat kau. Haish. Tikam dengan lembing baru tahu. Bintang asyik membebel tentang mamat ni entah berapa kali dah. Naik menyampah rasanya. So long lah, bye lah, tak jugak mati mati lagi. Pergh memang kena sumpah seranah lah mamat ni. Bengang tahu tak. Tapi bengang bengang tak adalah sampai nak pegi bakar rumah dia. Okay. Encik Bodoh, silalah mati. Bye!



Tuesday, April 12, 2011

MUET oh MUET!


Walaweyh. MUET? What the fisherman friend? HAHA! Yes. Betul. Bintang secara rasminya dah amik test MUET pagi tadi. Kena bayar RM60 tu woo! Ingat murah ke? Boleh beli 2 pasang baju kalau pigi shopping taw! HAHA! Today ekcelinya kitorang kena pegi dalam area 7:30 am gitu tapi Bintang dengan Yuyu pukul 7:35 amcsomething baru nak start panaskan enjin Lamborghini Gallardo kamiorang. HAHA! Tapi bila sampai sampai je, nampak dua tiga cotek orang sampai ke pusat kuarantin MUET tu. Ingatkan kamiorang paling lambat. Walaweyh! Wat susupen i je u know! Tiba tiba masa examiner tu bagi taklimat jawab MUET, dia suruh kamiorang keluarkan slip MUET. Dengan muka bangga bawak keluar slip kecik yang Bintang letak dalam purse Bintang yang beli kat Eng Hong tu. Hulur dekat examiner tu. Dia diam jab. Sekali dia pandang Bintang dan Yuyu. Kamiorang still buat muka bangga lagi koz kitorang bayar kan nak exam.

Examiner: Adik, ni resit pembayaran MUET ni. Ni BUKAN slip exam dia. (dengan muka yang agak berkerut)
Bintang: (Gelabah) Eh yeke?  Bukan yang ni ke? Kenapa kamiorang ta tahu pun ada slip exam MUET ni?

Tiba tiba budak belakang menyampuk conversation english-tak-jadi kamiorang dengan makcik examiner tu.

Budak Poyo 1: Kamiorang pun baru tahu semalam. Nasib baik sempat print. (wat muka nk makan kaki)

Bintang: (Dalam hati) So what? Bukannya kau nak bagitahu Bintang awal awal. Sepak kang!

Yuyu: Molek gitu. Mu orghang doh tahu dop kabor kat kite. (slang terengganu doh!)

Budak poyo 2: Kenal pun tidak. Lalala~

Bintang: Macamlah aku nak kenal kau.

So di situ muka Bintang dan Yuyu dah macam orang baru lepas pijak tahi kambing. Cencorot je. Kalau di ikutkan hati minah 2 orang tu Bintang pijak pijak je. Then twist twist diaorang sampai terkentut. HAHA! Kemudian kami beraleh wajah memandang makcik examiner yang cantik perawan ibarat Puteri Gunung Kinabalu tersebut. Puji lah. Kata nak markah lebih kan?

Bintang: So macam mana ni Puan? Kami tade slip MUET. Diorang cakap suruh bawak IC and slip kecik ni je. (sambil tangan mengutis ngutis slip pembayaran MUET yang tak seberapa. Dah tak bangga dah!)


Examiner: Tak apa. Kalau macam tu, sebelum 16 haribulan ni pastikan awak print slip tu untuk test listening dan writing MUET nanti ya. Hari ni taak apa. saya bagi pengecualian sebab ada beberapa orang je yang bawak slip  tu.

Bintang: Oh! Boleh lah kamiorang masuk today? Thengkaseh Puan.( buat muka kiut super duper lawa)
Examiner tersebut mengangguk. Walaweyh. Memang lawa muka makcik examniner tu today. Rasa macam nak peluk cium je beliau. HAHA! So Yuyu dalam group ke-2 and Bintang dalam group ke-3. Dalam sharp pukul 10:00, setelah Bintang berhempas pulas membelitkan lidah ni, akhirnya exam speaking MUET telah pun tamat. Semoga Bintang mendapat Ben 10 untuk exam MUET neh.(what the fisherman friend?) Hooray! Nak bagitahu tajuk apa discussion tu memang tak lah! HAHA! Hilang satu beban. So have to get prepare untuk hari sabtu pulak. Apakehe nye buat hari sabtu? Orang nak dating pun payah lah. Yey yey. Ahad lah dating. HAHA! Sekian saya, Cik Bintang Asterisk melaporkan dari atas katil double deckernya yang tak bercadar. See ya tomorrow peeps!

Dah setel mistilah buat muka bangga kan? Well, memang Bintang lah!

Monday, April 11, 2011

Moron, read this!


Yes. I do love you but it's over now. Speaking of the truth, I barely didn't remember anything about you. What is you face looks like, how you supposed to smile at me, the touch of your hand and even your kisses. What's happening to me? I'm just so sick of being stupid in front of you. When i am with you, you treat me like i am a sort of crazy stranger in your life. Everyday you push me aside and make me cry. A thousand chances i gave to you and you just ignoring it with your damn-stupid-faces. Do you know how much did i suffer when you left me? No you don't! Now it's your turn. I ain't gonna be a bitch but i think, you should suffer more than me. I don't care if you going insane or whatever. You just have to pay every single thing you did to me. Okay. Remember this thing, when you left me, I was so alone. Do you know who come? HIM. The one that I'm in love right now. The one who like the shining armor protecting my entire heart from being broken by you. Thanks to him i got the strength to forget about all the pain you gave to me. Thanks to him, there's no more tears coming from my eyes. This is what love should do. So i'm asking you to leave us alone. Don't come back. Die if you have to. I don't need to look at you anymore. Yes, you never knew i'm going to be this cruel. You know what? All the love i gave to you is turning to hate. My mom earlier told me. "Don't love man with all of you heart because someday, it might turn to hate" and i agreed. Yes, it do turn to hate. I hate you so much. I don't give a damn about it anymore. Leave me alone. I'm done with all of your texts, calls. Get the hell out of here you moron!


p/s: i don't care about those damn grammar or whatever. HAHA!

Monday, April 4, 2011

Happy Birthday Amber!

HAHA! Banyak betul birthday rakan taulan Bintang baru baru ni. HAHA. Kalau 31 March hari tu dah birthday Shu, 4 April semalam pulak birthday Ambika a.k.a Amber. HAHA! Selamat hari tua wahai Amber ngok nget! Kelakar sangat masa nak buat suprise dekat Amber. Dia kan pembersih (makcik cleaner yang berjaya) Kami orang dah buat plan. Bintang & Shu bawak Amber keluar ke kedai makan. Bawak lari lah supaya Yuyu dan kawan kawan yang lain boleh bersedia dengan kek segala. HAHA. Masa balik tu diorang tutup lampu, Yuyu yang bijak tu campak segala selipar dan kasut di depan muka pintu. Amber yang mula mula masuk bukak lah pintu and terperanjat tahap cicak tertelan gajah. Punyalah dia takut bila tengok barang bersepah-sepah. Dian ingat ada perompak ke apa masuk bilik. Dia tanak masuk bilik. Dahlah bersepah kasut segala, lagilah dia tanak masuk. HAHA! "Uh aku tamau masuk. Takutlah" macam tu lah lebih kurang ayat dia. HAHA. Pastu Bintang masuk dalam bilik and konon konon wat check lah. Setibanya Amber masuk, Suprise! HAHA!

Happy birthday to you,
Happy birthday to you,
Happy birthday to Amber!
Happy birthday to youuuu..!


HUHU. Memang best kalau dapat tengok muka terkejut dia. Dia tak sangka lah sebab kami orang buat lagi awal dari yang dia expect. Amber jangan sedey sedey ta dapat sambut birthday dengan Si gemuk okay. Kamiorang ada. Kamiorang akan buat kau tersenyum. HAHA! So, kami sediakan makanan yang kau paling suka, Brownies Resipi Rahsia. Nak bagi kek kau bukan makan pun. So satu hajat kau dah tercapai. Oh terimakaseh kepada Omarion kerna bersusah payah mencari kek dengan Bintang hari tu. Penat penat balik kusus kawen kamiorang. Tapi demi kegembiraan Amber, sanggup kurenangi lautan api. HAHA! 

Sedap tak awak awak semua teka? MEMANG! 
Kelakar lah muka kau Amber! Gembira sangat lah tu!
Kawan kawan Bintang yang sporting & Happy-go-lucky! HAHA!
Kek & jajan je yang kami orang mampu beli untuk kau, Amber! HAHA!
So happy birthday sekali lagi ye Amber! Semoga kau sehat selalu. cepat kurus, dimurahkan rezeki kau dan semoga kau chomel selalu! HAHA! Kamiorang sayang kau. HAHA! Muah muah muah!

Friday, April 1, 2011

Conteng-conteng di pagi hari.

Hai eberybadi! Bintang bosan sangat. Ta tahu nakwatpe. Kije sekolah tak siap lagi. Tade idea lah pulak. So rasa rasa macam mau hupdate blog. Semalam, Bintang pun bosan jugak. So Bintang editlah gambar dekat bawah ni. Tapi CAUTION! Fake sangat gambar tu. Kecuali gambar Omarion, tu mmg muka sebenar dia. HAHA! Bintang punya gambar tu yang banyak sangat RENOVATION. HAHA! Cantik tak? Tak? Kijam nye. Penat woo wat. HAHA. Tapi nampak sedikit keKANTOIan kat situ lah. Klo mata awak awak semua pikap dapat lah tengok. HAHA! Okay. Enough talking. Masa ntok mencuci mata awak awak semua yang skero tu. HAHA. Kidding! 
Okay. PenEDITan pertama dengan menggunakan gambar yang sama. HAHA
PengEDITan yang ke-2. Tak banyak tulisan ngat.

PengEDITan yang ke-3. Simple tapi diganggu dengan tulisan BINTANG ASTERISK tu.

HAHA! Bintang bukan lah selalu macam tu. Eh silap! Tak pernah pun pakai baju gitu. HAHA. Edit je lah. Banyak sangat PEMBETULAN yang Bintang lakukan kat gambar atas tu. HAHA! Kalau tak cantik tak guna lah macam tu. HAHA. Tapi kalau nak tengok "the real Bintang" tengok lah kat bawah. HAHA. Bese bese je. Tapi sweet. HAHA. Tanak kalah tuu. And dekat sebelah Cik Bintang tu yela Cik Yuyu Santabarbara. HAHA. Cute tak? Okay. Sekarang dalam kelas. Nak belajar pulak. Tulis blog just untuk hilangkan boring. Nak tengok tengok, tanak tengok sudah. HAHA!

Control ayuuuuuu..!
Okay! Semoga hari awak awak semua indah indah belaka! Assalamualaikum!
 

Template by Suck My Lolly - Background Image by TotallySevere.com