Thursday, September 29, 2011

Handphone baru.. LAGI! Yeay!

I GOT NEW HANDPHONE!
IT'S FREE! ITS FREE! 

HAHA! Bangga betul. One day, rasa-rasa Bintang dalam sebulan lepas dapat satu call. Daripada Machik CELCOM. Dia cakap Bintang dapat HP free. FREE! Memang masa tu tarak percayalah kan? Tapi machik tu sebut alamat Bintang, nama penoh Bintang. Aik pelik. Apasal tiba-tiba nak bagi HP lak? Mana ada masuk pape. Musykil. Walaweyh. Tapi dah orang nak bagi, terima ajelah kan! 

Hari ni tiba-tiba pihak Fed-Ex call, tanya pasal penghantaran ni. Huh! Machik Celcom tak bohong! Ni sayang Machik Celcom lebih-lebih ni! Machik, minta maaf banyak-banyak selama ni Bintang dan Omarion banyak mengumpat machik. Hukhuk. Tak sangka machik berhati mulia. Thengkaseh untuk HP raya ni. Ilebiuuuuu machikkkk..!!

"SPECIAL TOKEN REWARD-FREE NOKIA 2220 MOBILE PHONE"

Machik Celcom cakap : Thank you for partipating in our recent "Double Up & Win" campaign. (Bintang pun tatahu bila masa Bintang amek join. HAHA!) We are pleased to reward you with one (1) unit of new Nokia 2220 mobile phone for your kind participation. This speacial reward is our way to expressing our gratitude for your support and loyalty to Celcom.

Ekcelinya Bintang rasa sebab dia bagi dalam past 6 month Bintang punya topup macam nak gila. Sebulan nearly 2rat lebey. Jasa bercinta dengan Omarion, dapat HP baru. Yeay. Now HP dah ada 4 dah. 1 Nokia N73 tersayang, 1 Samsung Champ hadiah daripada Omarion tercinta, 1 CSL yang murah je dan terbaru hadiah daripada Machik Celcom tersayang, Nokia 2220! Wah! Banyak betul. Dengki tak? HAHA! Nanti Bintang pakai Digi, Celcom, Maxis dan U Mobile lah! Bagus, Bintang ni penyumbang ke arah kemajuan ekonomi Malaysia! HAHA.

Yeah! Yang inilah Bintang dapat. Ah pedulikan walaupun dia murah ke hapa! Janji dapat FREE!  Awak awak semua tak dapat sebab tu dengki kan? Ngaku ajelah!
Bintang eksited bila nampak kotak dia tunjuk kaler Pink. Brulah GIRLY sikit kan. Tapi haram. Dapat warna HITAM.  
Okaylah Peeps! Dah puas berlagak. HAHA! Bintang memang Ohsem. See ya next time gorgeous! Bye!

Monday, September 26, 2011

Atelopohia maybe?

ASSALAMUALAIKUM

Yes. I might suffer from Atelophobia. Do you know what exactly Atelophobia means? It's mean a fear of not being good enough. Yes I do felt that way right now. Sometimes when people keep hoping me or push me to do something that I cannot afford to do, it's felt some kind of frustrated. Then, those nasty feeling keep whisper in my ears. My confident decrease day by day. At a moment, i think i better stop. Stop from doing all of the stuff that make me stress. Maybe i need a break. Maybe i need to calm myself and start to think about my own feeling. I don't wanna be a jack ass. Will you give me some space? Let me think straight. I do love all of you but after all, you keep pushing me out and that's make me worry. I don't want to let all of you down. That's my biggerst fear after all. Hope you understand. T.T Sad.


Tuesday, September 20, 2011

Tahap Bosan Melampau!

ASSALAMUALAIKUM!

Yes. Memang bosan pun. HAHA! Saje nak semakkan blog sebenaranya ni. Lately, semua dalam rumah tak sihat. Bermula daripada father yang seminggu  demam, then berjangkit kepada the kembars and adik bongsu. Habis semua tak pergi sekolah. Tapi bila dok rumah nampak macam segar bugar bak sayur yang baru dipetik dari ladang je? Humm.. Suspicious! Demam ke idak neh sebenarnya? (tengah tengok kembars buat air sambil makan makan) =_="

Pagi ni ingatnya nak pegi Kuantan, teman si Pkah tu keluar. Entah apa nak dicarinya kat sana Bintang pun tarak tahu. HAHA. Apa yang penting, dia supot. Well you know me. Tak kerja, pitih pun tak masuk. Sengkek tahap gila baban dah ni (smbil memandang purse yang kosong). Gua sikalang lagi miskin dari pengemis tahu takkkk??? Urgghhh!! 

Ya Allah ya tuhanku... Berilah hamba-Mu ini satu pekerjaan. Kurniakan rezeki buat hamba-Mu ini.

Isk isk. Sedih. Tiba-tiba teringat pasal resume yang kool macam tak ingat dunia tu. Agak-agak abang polis tu hantar tak ke HR. Aduhai. Abang polis ni nak mengorat tak kena masalah.(poyo) Orang nak interview dengan HR, bukan dia. (mungkin dulu dia bercita cita nak jadi juri  Malaysia Idol kot) Kalau kau tak hantar esok lusa Bintang bakar kilang VW tu! Baru puas hati! Erk.. Ya Allah. Buruk sungguh perangai Bintang.

And oh! Kepada kawan kawanku yang baik hati sekalian, err..I mean, bekas kawan seperjuangan yang kini dah berada jauh di mata tapi dekat di hati, Amber, Wawa, Ida, Nik, Yuyu, Shu dan sesape yang berkenaan, selamat maju jaya dan semoga sihat selalu. Bintang miss you ol! Muah muah! 

Hadoi. Serangan sakit pwot sudah melanda. So sampai disini sahaja Bintang brot bret brot bret okay? Assalamualaikumwarahmatullahiwabarakatuh!

Monday, September 19, 2011

Bismillah

ASSALAMUALAIKUM!

Dalam masa seminggu ni Bintang agak bz lah nak upload entry baru dalam E-Novel Bintang dalam Etymology of The Bintangs. Haish. Penat! So here's the story for today. Pagi tadi Bintang dah hantar resume & sijil segala dkt Volkswagen. Tujuannya? Oh simple asa ABC. Cari KERJA. Tak kisah lah janji halah. Insyallah kalau ada rezeki Bintang tak akan bergelar penanam anggur yang hampeh lagi. Nak kerja dekat office pulak. Dok dalam ekon pulak lah. Mintak mintak lah tuhan makbulkan doa Bintang ni. Aminnn...

Story yang dah tak berapa baru pulak, soon my dearest VAIOletta bakal meninggalkan Bintang untuk selamanya. Wuu.. Macam mana nak upload novel? Macam mana nak brot bret brot bret kat awak awak semua? Uwaaa.. No worries. Beli aje lappy baru. Yang lagi canggih tapi murah dari VAIOlette sayang ni. HAHA! (ketawa dah tak berapa nak ikhlas) Contohnya macam yang  kat bawah ni.



Cool jugak kan? Tak mahal tapi cantik. I'm soooo into x-slim lappy now. Okay now sila bagi Bintang duit bcoz Bintang nak beli lappy baru. Eksited ni! Thengkaseh dan selamat maju jaya. Assalamualaikum!

Thursday, September 15, 2011

Yeay! Yeay! Blog baru!

Okay! Berita baru! Berita baru! Bintang dah ada blog baru lah. Blog di mana bintang letakkan novel-novel yang Bintang tulis selama ni. Haha. Cool tak? Tak percaya? Bintang ada bukti. Okay Bintang tamo cakap banyak-banyak. Klik dekat  Etymology of The Bintangs kalau tak percaya. Dekat sana Bintang dah taruk novel-novel yang Bintang dah buat. So kalau rajin jenguk-jenguk and kalau teramatlah rajinnya, baca dan follow sekali okay sayangs! HAHA! Poyo sangat dah ni!

Kan Bintang  dah cakap. Tak tipu punya. Ni kerja orang yang  tak ada kerja. HAHA!
Okay peeps! Dekat bawah ni Bintang nak perkenalkan anata novel-novel yang Bintang sedang usahakan. 3?? Biar betik Bintang ni kan? Tamak sungguh beliau! Ah persetankan semua itu. Bintang tahulah apa Bintang buat. Awak awak semua baca kalau awak nak. Tak paksa langsung Bintang! HAHA! Okay, First of all, Kejora Cinta Adrian yang awak awak semua cukup maklum pada entry yang lepas. Sekarang tambah lagi dua iaitu Love Me or Love Me Not dan jugak Pertama dan Terakhir. So Bintang harap awak awak semua ni sokonglah usaha Bintang yang tak terkira ni. Wahahaha! Cool kan Bintang sekarang? Daripada jadi actress terus betukar karier jadi novelist. Ceit! Novelist cikai tabole pakai! HAHA! Serve you right, Bintang! 

Hambek kau! Siap design cover lagi untuk novel Bintang. Cantik tak? Kalau awak awak semua kata tak cantik maknanya awak awak semua sebenarnya jeles je kan. Alah. Bintang tahulah! HAHA! Po.. po.. yoooooooooo dah!!!!
Itu aje Bintang nak cakap pada entry kali ni. Supot Bintang, jangan tak supot! Mana tahu ada rezeki dapat dibukukan novel ni. Bintang boleh belanja awak minum ABC dekat tepi rumah. HAHA! Baik kan hati Bintang? Tahu dah! Okay. That's all! Bye bye my dear sayangs! Assalamualaikumwarahmatullahiwabarakatuh peeps!

Wednesday, September 7, 2011

Pening

ASSALAMUALAIKUMWARAHMATULLAHIWABARAKATUH

PENING! kenapa lah susah sangat hidup sekarang ni. Lately banyak sangat masalah berkenaan dengan duit. Duit. Duit. Duit. Semua benda kena pakai duit. Aduh stress lah Bintang macam ni. Bengang sangat-sangat! Harapan nak sambung degree dah entah ke mana. Harapan nak kerja pun entah ke mana. Aduhai. Jadi penanam anggur yang berjaya sekarang ni! Aiyoyo. Pening pening! Hutang dah makin bertambah. Memang nak cari kerja elok-elok susah ek? Hukaloh! 

Sekarang ni, pening mengenai satu benda je lagi. KONVOKEESYEN. Ah siott lah. Bintang kan under UiTM so konvokesyen ada dua. Haish. Mampus. Dekat IKIP kena RM230, dekat UiTM pulak kena RM215 kalau tak silap. Duit lagi?? Hutang laptop dah maybe dekat 5 rat lebey dah tertunggak. HAHA! Bil broadband lagi. Nak pau father memang payah lah. Dia kan baru berenti  kerja so duit gaji tu kena simpan sikitlah. Haiyoyo. Sedih woo. Kan bagus kalau dalam dunia ni tapayah pakai duit. Pakai daun je lagi baik. Mesti kaya Bintang.  Hemm. Enuff talking lah. Pening! Pening! Pening!
Pening mak dibuatnya~

 

Template by Suck My Lolly - Background Image by TotallySevere.com