Thursday, March 31, 2011

Happy Birthday Syu!

"Happy birthday to you. 
Happy birthday to you.
Happy birthday to Nur Syuhada!
Happy birthday to you."

HOHOHO! (ala ala pakcik santakelaus) Entry Bintang tengah tengah malam ni khas ditujukan buat seorang sahabat Bintang, Cik Nur Syuhada yang umurnya suda genap 21 tahun! Tahniah tahniah! Anda telah menang moto! HAHA! Kidding lah. So after this kau dah pun bole dipanggil kakak oleh kamiorang yang maseh berusia 20 tahun ini. HAHA! Yatta! So awak awak semua nak tengok tak kek yang kamiorang beri pada Syu? Tengoklah. Simple aje. Malas nak cakap banyak, Bintang just bagi awak awak semua tengok gambar gambar yang telah di upload oleh Bintang ni. Ada sedikit caption ya? Selamat membaca dan selamat melihat gambar! HOHOHO!

Ada 2 ketul kek. kecik & simple. mana 1 yang lebih cantik rasa rasanya?
Inilah rupa wajah "orang tua" kitta pada birthdaynya. Nur Syuhada a.k.a Syu 
Syu, Yuyu & Amber berposing di hadapan kamera yang dipegang oleh Bintang. HAHA!
Okay, time for action. Tup tap! Bintang dah muncul! Muahaha!
Minah perasan : Eqa nama glemer. Nama tak glemer: Nur Atikah.
Yuyu "menyumbat" sebanyak mana kek yang boleh ke dalam mulut Syu. (kianat lebeh ni)
Muka ta boleh blah. Muka mangsa keadaan.
Nasib kau baik Syu. Kalaulah loan kamiorang dah dapat, memang naya lah kau. Gerenti tepung, telur segala lekat kat atas kepala kau. Tapi sayang, kamiorang ta boleh ganas dengan kau pasai duit dalam purse pon dah ta berapa banyak mana. (sambil tengok purse yang kosong) Waa.. kesiannya Bintang. Sesape tolong derma duit dekat Bintang. Dah bankrupt! HAHA. Eh. Terlari dari tajuk. TERIMA KASEH banyak banyak juga diucapkan kepada Amber, Yuyu, Eqa, Ain, Ummi, Shida. Alya dan BINTANG ASTERISK kerana memeriahkan majlis hari lahir Syu yang diadakan secara kecil kecilan ni. Awak awak semua sangat sweet! Okaylah. Bintang dah penat lah. Mahu tidur. Nak jaga kecantikan Bintang ni. HAHA! Awak awak semua pun jangan lah tidur lewat sangat okay! Semoga mimpi indah! Assalamualaikum dan selamat malam wahai pembaca pembacaku yang chomel dan kachak ini. Bye bye!

Wednesday, March 30, 2011

Oh! Happy day!

HAHA. bersantai bersama yang tersayang di Resipi Rahsia. Amacam? Jealous much?
HAHA! hambek kau! gedabak gambar Bintang bagi. Mula mula masuk page ni dah nampak. HAHA! Semalam, jenjalan dengan si jantung hati, Omarion. Kemudia, malam tu kami jenjalan dengan "adek adek ipar" Bintang ke Telok Chempedak pulak. HAHA. Mula mula neves jugak. Tapi takpelah. Bintang kan jenis ta tahu malu. So buat buat ta tahu ajela. HAHA. Alil, adik Omarion mula mula macam malu je dengan kakak Bintang dia neh. Kalau tak dialah yang paling bising sekali. HAHA. Yang si Anan tu awal awal dah ilang segan nya. So kesimpulannya "adek adek ipar" Bintang sangat sempoi. HAHA. Terima kaseh sebab ajak akak jenjalan bersama-sama. (eleh padahal dia offer diri nak ikut) HAHA. Asek gelak je Bintang . Macam orang gila dah ni. Jomlah tengok gambar yang tak seberapa banyak kat bawah neh.

Molek ngat. sowg pakai baju hitam, sowg pakai baju putih.

Anan & Alil yang sempoi dan gila gila. HAHA. 

Bintang bersama "adek adek ipar"nya. Peace yaw.. HAHA
Malam tu, balik lambat. Patut masuk hostel sebelum pukul 11 malam, tapi oleh kerana nak jenjalan lagi, jam 1130 malam baru lah sampai ke hostel. Apa lagi, Bintang kena bebel lah dengan pakgad. Tapi tape. Bintang tunjuk je muka "cute" Bintang ni terus dia ta jadi nak  marah. HAHA. Jangan marah marah Bintang pakcik, nanti Bintang sumpah jadi cicak baru tahu. Haa.. Takut tak? takut tak? HAHA. Okaylah. Ni aje entry yang Bintang nak tulis today. Bintang ucapkan time kaseh kepada my yayang, Omarion & adek adeknya kerna sudi meluangkan masa bersama Bintang semalam. You guys rock! Bintang sayang awak awak semua! HAHA. Assalamualaikum semua!

Monday, March 28, 2011

Kamiorang bangga!

Tabole blah muka bangga sowg demi sowg. HAHA! yeay!
HAHA! tengok muka bangga Bintang dan rakan taulan lepas dapat medal. HAHA! Cute kan kamiorang? Kami naib johan badminton beregu wanita. Okay lah tu kan? Uh uh! Mana medal Bintang? Walaweyh. Tak de pulak. Itu bukan bermaksud Bintang tak dapat medal. Dapat lah. Dua lagi tuuuu..Tapecaya ke? Tapecaya sudah. Bintang nak sumpah awak awak semua jadi cicak gecko gecko nak? Baik pecaya. HAHA. Tanak jadi cicak gecko gecko? Chomel apa? ada bintik bintik. Mahal pulak tu. Jual satu da bole beli moto tahu! Okay okay, back to basic. Eh eh. Back to the story. Semalam, sepatutnya kami ber-7 yang kena naik stage amek medal tapi 2 takde. Sowg lagi si Wawa tu. Dia entah kemana time kamiorang bergambar. ngek punya Wawa. Tapi tape. Tade dia pun gambar kamiorang still lawa lagi. HAHA. Yang ta tahannya, kamiorang lupa lak malam tu majlis penutup sukan KESASI (kejohanan sukan antara sekolah IKIP) Kamiorang pakai baju macam nak g bandar, yang lain pakai macam nak bersukan ex track suit &t-shirt. HAHA! Kelakar time naik stage. Pelik je dioarang pandang. Masa nak amik gambar pun pose kemain. HAHA. Okaylah. Enough talking. Bosan nak tulis. Assalamualaikum !

Sunday, March 27, 2011

Sakit sana. Sakit sini.

Aduh sana. Aduh sini. Kecian Bintang. (gambar hiasan)

Fullamakataakkk! Misti awak awak semua terkujut kambeng apabila melihat gambar nude dia atas. Walawey tu gimik je. ce tengok betul betul sikit. Bukan nak tunjuk benda porno kat sini. Hiasan semata mata je gambar tu. Bukan gambar Bintang ni! Tiada mengandungi unsur unsur 18sx ke apa pun. Bintang kelmarin kan menyertai Piala Thomas, maain badminton segala. Fulamak. 2 hari sakit badan tak hilang. Sakit sana sini. Itulah. Bintang dah pesan dekat Lin Dan, Lee Chong Wei, Taufik Hidayat & Hanbin He jangan lah main lincah sangat, Bintang ada sakit lutut tapi diorang tanak dengar pun. (tetiba lak kan badminton boleh lawan laki pompuan) Ah. tapi siapalah diaorang kan? Bintang tepis tepis macam tampar nyamuk je. HAHA. Tapi biasalah. Dah lama tak gerak seCERDAS itu, Bintang kalah kepada IKIP SOBM (School Of Business Management). Tiba tiba time tu Bintang diserang heart attack so terpaksalah mengalah. HAHA. So School Of Art Design (SOAD) telah jatuh ke tempat naib johan. HAHA. maaf kawan kawan kerana Bintang mengecewakan kalian semua. Bintang tak dapat mempertahankan kejuaraan kita.
Sedey sedey. Tak cukup 8 kotak tisu neh. HAHA
Sorry sangat sangat kepada rakan seperjuangan Bintang iaitu Amber , Wawa , Nick , Ida , Siti ,Yuyu ! Wawa, kita dah cuba yang terbaik kan? Naib johan pun okay jugak. Kalau dalam citer korea, hero no 2 lagi hensem dari hero pertama kan? Anggap jelah macam tu. HAHA! Eh eh. Patut sedey lah. Wuu.. Hukhukhuk. Sorry tergelak lagi. Dengar kata esok dapat medal dan hamper. Bagus lah tu. Makanan pun dah tak berapa nak ada neh. Dapat rezeki. Kalau dapat hamper setinggi kitorang pun dah cukup bagus. Takpun dapat satu soarang. Walaweyh berangan tak ingat! Aduuhhh.. Sakit nya badan Bintang!! Macam mana nak dating kalau macam neh? HAHA. Macam benggong je kan Bintang today. Okaylah. Nak angkat tangan pon dah macam nak angkat batu 100kg rasanya. Awak awak semua, Bintang ucapkan selamat berhari ahad! Have a nice day! Yatta! Ramai ramai bergembira di hari ini okay! Bye bye bye! HAHA! Assalamualaikum!

Saturday, March 26, 2011

Hard!


I never knew it could be this hard. Hurt, pain, sadness altogether tried to defeat me, tried to kill me softly. I am sorry. I can't be with you. Enough is enough. All the time we had before is over. There's no more you and me. Aku sebak mendengar suara yang pernah aku sukai dahulu. Suara yang serak akibat tangisan sesalanmu. Perlahan-lahan air mataku jatuh setitis demi setitis membasahi pipi. "Aku tak perlukan kau lagi. Aku dah ada DIA" ujar ku. Tangisannya makin kuat. "Tinggalkan dia. Kembali kepada aku. Aku tak sanggup kehilangan kau," dia masih merayu. Tetapi, selangkah aku pergi, aku tak akan kembali lagi. Aku dah punya hidup baru. Hidup bersama dia yang aku sayang. Dia yang benar-benar menghargai segenap inci diri ku. Deep inside, i still feel the pain. No one can cure that pain. Cinta, cinta.. Pergilah. Pergi jauh-jauh. Aku tak mahu disakiti lagi. Enough. Berilah ruang untuk DIA. Aku yakin aku tak akan terluka lagi. Assalamualaikum.

Wednesday, March 23, 2011

Paling Bintang teringin!

HAHA! Kalaulah Bintang kurus& kaya, mesti Bintang boleh pakai apa apa yang Bintang nak. Hukhuk. Tapi tu lah, hakikatnya Bintang ni montel dan ta-berapa-banyak-duit-nak-dihabiskan. HAHA! Walaweyh. Teringin betul. Awak awak semua ada tak benda yang awak awak nak sangat tapi sampai sekarang ta dapat dapat and i mean "BENDA" buka cita-cita atau hajat nak pegi mana mana okay. Kalau nak cerita tentang hajat dan cita-cita Bintang, sampai esok pagi pon belum tentu habis. So today, for the 2nd time Bintang tulis entry, Bintang nak tunjuk pada awak awak semua apa benda barang yang Bintang teringin sangat sekarang ni. Kalau awak awak semua rasa macam kaya je kan, belikan untuk Bintang. Don't worry Bintang jaga elok elok punya. HAHA. Okay enough talking. Jom kita tengok gambar. Suka betul upload gambar bagi awak awak semua tengok. Tak lah bosan ngat. Nanti kalo tak mengata pulak blog Bintang bosan! Huh!

WOMAN LONG COATS
Lawa kan? Lawa kan? Lawa kan? HAHA! Omaigunting!
HAHA! Merah. Fullamakatak. Bedesing bijik mata. Tapi lawa kan?
HIGH WAISTED JEANS
Lawa kan? Hukhuk. Kalaulah Bintang ta muncit misti gerenti nak pakai jeans ni!
HAHA. Phewiitt..! Kalau pakai mata tak berkelip dowh! HAHA!
VINTAGE SHOES
Chantik tak? Kalau diMATCHkan dengan jeans td okay gak an?
Kalau nak jugak nampaknya terpaksa bergolek di atas lantai camni sambil merayu pada ibu. HAHA! Last last dapat makan penampar sebijik. Merah muka! HAHA!
Rasanya sampai di sini saja gambar nya. Suda habis. Okay, tell me what you like. Hopefully benda yang tak mengarut ngarut such as wedding gown y panjang sampai ke bulan ataupun heels setinggi gunung Everest. Kalau merepek merepek Bintang ketuk sedas dua kepala awak awak semua. Takut tak? Takut tak? Takut tak? Tak takut? Bintang garang weyh. Tapecaya? Kalo tapecaya malam nanti Bintang datang dalam mimpi smbil hulur ular kapak bia geget tangan awak awak semua. Pastu gerenti esok awak awak semua koma. HAHA! I'm kidding. Bintang kan sayang awak semua. Tak sanggup nak buat macam macam. (padahal takut tu) HAHA! okaylah. I hope all of you have a great day and remember.. Always smile cuz your smile is wonderful thing i ever seen in the world. HAHA! Assalamualaikum!

Vintage oh vintage!


Fullamakatak.. Today Bintang akan menceritakan tentang VINTAGE clothing. siapa yang tak tahu itu vintage clothing adalah kalangan orang yang buta fesyen and hell yeah.. Bintang adalah di antara pembuta pembuta fesyen yang wujud. HAHA! Bintang pun tak tahu apa itu vintage. Pernah dengar tapi tak tahu ape kebenda. Menurut Cik Ambika, vintage itu adalah cara pemakaian owl skull? old skull? nope! Old school! Fullamak Amber, pandai kau bab bab benda ni. Tapi siyesly, mmg style sangat. Bintang suka suka dan suka! Kalau pandai gubah @ mix&match, kita kita semua yang bertudung pun boleh pakai style vintage ni tahu. Tapecaya suda. Bintang cakap benda betul neh. Tanak pecaya tape. Bintang ta rugi pape. So Bintang g ushar dekat wikipedia. mencari apa maksud Vintage clothing tu. And yeah, Bintang dapat jugak tahu sikit. HAHA. Well inikan Bintang Asterisk, setakat word tu tup tap jhe dapat cari. Nah, neh dia punya maksud:
v
v
v

Vintage clothing is a generic term for new or secong hand garments originating from a previous era.

Okay okay. Done talking. Sekarang waktu untuk melihat sedikit contoh contoh yang Bintang dapat daripada Abang Googgle tadi. Senang kerja kan? HAHA! Terima kaseh Abang Google kerna telah memudahkan kerja Bintang. Awak awak semua tengoklah. Kalau rasa info yang Bintang bagi tadi salah, I'm so sorry! HAHA! Bintang baru nak belajar lah. Siap siapa yang rasa dia pandai tunjuk ajar lah kat Bintang yang buta fesyen ni. Hukhukhuk. Sedey lak.  HAHA. Apa apa hal, kalau nak tengok gambar tu dengan lebih jelas sila klik pada gambar.

Lawa tak? lawa tak? Kan Bintang dah cakap lawa. Tapecaya tuu.
Ololololo.. Cute nya kan? Hukhuk.
Yang ni Bintang kureng sikit. Tapi kalo awak awak semua pakai lawa lah kot?
Hehehe. Siapa nak? 
Smoking sexy!
Yang ni memang nampak old school. Agree? Dush! Dush!

Paling Bintang suka! Wow! Nak! Nak! Nak! Eh macam muka Demi Lovato je ni? =_="
Okay okay okay. Sampai sini je keVINTAGEan yang Bintang mampu bagi awak awak semua tengok. Kalau nak tengok dengan lebih banyak, silalah cari sendiri di Abang Goggle ke, Pakcik Yahoo ke, sesiapa sahaja yang awak awak semua suka. HAHA. Okay. Sekejab lagi Bintang akan hupdate satu lagi entry sebab kemungkinan 2 3 4 5 hari ni Bintang akan busy. Busy main badminton and hopefully busy berdating dengan Omarion yayang. HAHA. Jangan jealous! Ada masa Bintang merepek lagi okay! Jangan rindukan Bintang tahu. Sebab apa? Sebab Bintang pun takan rindukan awak awak semualah! HAHA! Assalamualaikum!

Tuesday, March 22, 2011

Jom main teka teki!

pose sana pose sini. pemperasan terhandal! HAHA!
HAHA! Macam biasa Bintang akan hupdate entry baru setiap hari kalau berkesempatan and guess what? I did it. Memang jadi lah plan Bintang membosankan awak awak semua! HAHA. Amaran dari Kerajaan Aum Aum: Sila blah sebelum awak awak semua jadi bosan ngat ngat ngat. HAHA. Tapi rasa rasanya hari ni Bintang macam nak bagi awak awak semua teka teki lah! Nak main tak? Nak main tak? Nak main  tak? HAHA! Sabar sabar. Bintang memang nak bagi. Siapa dapat jawab Bintang bagi 20 sen. Kalau betul 5 soalan dah dapat sengget. Dah boleh beli jajan & gula gula. Bayangkan kalau betul sepuluh soalan. Kan dah dapat beli aeskrem kornettoooo satu! Untung untung kan? Tapi Bintang cuma mampu bagi 10 teka teki je.  So kepada awak awak yang membaca entry kali ni, Bintang macam murah hati nak menderma kat awak awak semua. (padahal dia sendiri sengkek) Bintang kan hartawan, dermawan, sasterawan dan cendikiawan. Segala yang ada wan-wan kat belakang tu semua Bintang sapu. Kecuali HAIWAN! HAHA! Okay! Ready? Are you ready..??? Yatta! Here we go! 1, 2, 3! Mulaaaaaa!


SOALAN TEKA TEKI

1. Hitam dan berpeluh. Apa dia?

2. Apa benda bila masuk segitiga. Bila keluar bergulung gulung?

3. Dalam banyak banyak kotak, kotak apa yang tak boleh diangkat?

4. Benda apa. Masa dia hidup kita menyanyi. Masa dia mati kita tepuk tangan?

5. 4 orang awek cun berpayung dengan satu payung tapi kenapa 1 pun tak basah?

6. Dalam banyak banyak bas, bas apa paling pandai?

7. Kenapa anjing kencing angkat sebelah kaki?

8. Ahmad bin Abu. Kambing bin apa?

9. Apa dia. Masa kecik dia hitam, bila besar dia putih?

10. Kenapa hidung lembu berair? 

Rilek rilek. Jangan berdebar. Jawab dengan penuh teliti. HAHA!

HAHA! jawab jangan tak jawab. Itupun kalau otak awak awak semua ni kreatif kan. HAHA! Selamat menjawab teka teki ya! Nak jawab sila jawab dalam kotak komen. Keprihatinan amat dihargai. Maybe? Entahlah. Agaknya lah. HAHA!  Apa apa pun, semoga awak awak semua happy selalu! Bintang mengucapkan selamat tengahari dan jagalah diri awak awak semua dengan elok! Assalamualaikum dan selamat sejahtera kepada awak awak semua! =)

HAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAH!!

Monday, March 21, 2011

Bintang sudah gila!


Nak pegi melancong! Nak pergi bercuti! Nak pergi holiday! HAHA! Merepek sangat Bintang today kan? Tiba tiba je rasa macam nak keluar dari sini. Pergi ketempat lain and hopefully tempat yang aman gila such as pusat peranginan, pantai. Hukhuk. Fullamak. Tingginya taste! Entahlah kenapa. Tiba tiba je rasa macam nak pergi tempat yang jauh. Jauh dari para paparazzi dan kipas-susah-mati Bintang. HAHA! Susah lah jadi Bintang ni kan. Nak relazs pon ta dapat. Ah! Perasan! Bintang main main je tadi. Bintang kan dah bersara dari bidang entertainment. Lupa ke? Padan muka kena tipu. Ah! Ah! Rasa bosan! Ada sesiapa yang rasanya kaya kaya nak bagi Bintang pakej percutian tak? HAHA. Tade? Ceh. Kedekut taik cicak masin. Nyampah. Money suda kering. Struggle. Struggle. Struggle. HAHA. Tipu lagi!


Jangan tanya kenapa Bintang letak benda kat atas ni. Bintang cuma bosan so here you go. HAHA! Arghh! Tarik tarik rambut. Entah kenapa aku tulis entry hari ni. Bla bla bla. Bye bye!


Saturday, March 19, 2011

Having fun? Hell yeah..!

HAHA! Apa kabau awak awak semua? sehat tak? sehat tak? sehat tak? Haa.. 3 kali Bintang tanya tanya, awak awak semua menunjukkan betapa prihatin dan ambil berat Bintang terhadap awak awak semua. Hukhukhuk. Harini baru dapat nak tulis entry. Bukan apa. Line kat rumah ni, yarabi..! Lambat sangat sangat. Nak tekan "new post" pon ambik masa beberapa puluh minit. So for your information, Bintang ni bukanlah penyabar orangnya. So Bintang tanak lah menghabiskan masa untuk mengadap page yang tengah loading tak habis habis. And for this time Bintang tak dapat nk upload banyak banyak gambar pun. Credit to Incik Berukband Celkom yang poyo tahap gaban. Lembab nak mampuih. Hukhuk.

Hari ni Bintang lepak dengan "adik bongsu" Bintang, Cik Amani Ashraff yang kecik molek dan oskos lah dah dengan Abang ipar beliau,  Abang Omarion To Khairuddin. HAHA! Bersiar siar tanpa arah, makan ABC dan ABJ di kedai kopok depan Kilang Mentiga. Lepak kat depan sungai. Lepak dekat taman gading. HAHA! And tak lupa jugak, berdating di atas air. Fullamakatakkk! Hebat an? Awak awak semua mana boleh buat. Bintang ngan Omarion je boleh. HAHA! Fullfill lagi satu hasrat kami berdua tatkala itu. Ecewahhh.. Sonok tak Omarion? Sonok tak dapat manja manja dengan Bintang? Aum. HAHA!

To my adik bongsu: Thengkaseh kerna sudi menghiburkan hati kakak & abang long mu tadi. Hukhukhuk. Sedikit sebanyak kau telah mengrelease tension kan kakakmu ini. Peace yaw!

To my yayang: Thengkaseh kerna sudi menghabiskan tenaga, minyak kereta dan duit demi Bintang. Thengkaseh juga sebab menghiburkan Bintang yang dari semalam stress tak habis habis gara gara N73 bongoks tu. BTW, I'm having so much fun with you dear!

Esok, I'm going back to my dear hostel. Shut up. Bosan banyak kije kot ta siap. Sementara ada masa nak layan awak awak semua,  Bintang tulislah entry bla bla bla ni. Okaylah. Dah tak banyak benda nak ditulis neh. Diharapkan awak awak semua sehat, happy selalu. Jangan marah marah, kool je. Selamat tinggal dan selamat beramal wahai taulanku! Bubbai! Bubbai! Bubbai!

Tuesday, March 15, 2011

Maafkan Bintang lagi!

Hai awak awak semua. Erkk.. I'm tryin to be nice this time. Ermm.. Maaf et. Bintang macam dah mungkir janji ngan awak awak semua. Erk.. You know, hari tu kan Bintang dah janji nak selalu update blog segala lepas balik dari KL hari tu. Tapi ermm.. Bintang tak buat pun. Okay, I'll try to be honest this time guys. Sebenarnya semua ni bukan lah salah Bintang taw! Bintang balik Pekan lah. Yess. I know. Awak awak semua nak kata itu alasan kan? HAHA! Nope! Bintang bagitahu sebetul betul betulnya kali ini. Broadband Bintang tertinggal di hostel? Percaya tak? Haa.. Awak awak semua misti ingat ni salah satu propaganda Bintang kan? Nope. Mana ada. Siyes woo.. Mana ada tipu tipu neh. Tabaik. Berdusa tahu!
Lepas je Bintang sampai kat bus stop Kuantan tu, barulah Bintang perasan Incik Broadband tade. So what i supposed to do? Ah lantak lah eja salah ke betul. Hukhuk. Takkan lah Bintang nak patah balik pegi ambil so, at that momentlah, Bintang just redha and cakap pada  diri sendiri macam ni : "Bintang, nampaknya kau ta dapat nak hupdate blog lagi sekali. Apasal lah kau gelabah sangat g tinggal broadband tu? Fullamakatakk. Kau memang pelupa terhandal" sambil mengurut dahi yang mulai berkerut seribu ni. HAHA! okay, bab dahi tu Bintang memang tipu. Hakhakhak. Tapi yang sebelum tu memang ta tipu. Kalau Binttang tiipu awak awak semua yang baca entry Bintang ni akan diserang cirit-birit. Okay tak? So oleh sebab Bintang sayang pada awak awak semua, Bintang cakap betul punya. HAHA!

Okay, start daripada hari rabu hari tu Bintang terkocoh-kocoh balik ke pekan dalam hujan and semalam barulah Bintang balik ke Kuantan. Rabu, sampai rumah, duduk rumah, makan, menggemukkan badan. Khamis pun sama. Jumaat lagilah. Sabtu, stress sebab ta dapat keluar ke mana-mana. I'm having a marvellous day on sunday with my wonderful Omarion. Hukhuk.  Isnin kucar-kacir sebab nak balik Kuantan semula dah. HAHA! Ekceli ada wasabi di sebalik sushi sebenarnya tujuan Bintang balik ke Pekan ni. HAHA! Biasalah tengah hangat bercinta kan sekarang ni. Kalau dulu yarabi, nak balik pekan 2 minggu sekali pun payah lah. Sekarang pantang cuti je balik. Cuti sehari dua pun balik. Gara-gara Omarion lah ni. HAHA! Aum. Nakalnya Bintang.
Okay. That's it. Banyak sangat dah ditulis Bintang. Nanti awak awak semua tanak baca dah. Geget baru tahu.    Jangan lupa ya, saksikan filem Bintang yang bakal dikeluarkan pada 31 April nanti. Hollywood style lah! Tajuk dia apa? Ermm.. Awak awak semua misti tak sabar kan? Nak tahu tak? Teruja tak? Baik awak awak semua jawab. Teruja tak? Kalau tak teruja sila keluar dari page ni sekarang jugak! Amboi garangnya cik Bintang. Muda muda dah garang nanti takde orang nak. Bweekk. Meh kita tengok apa tajuk filem yang Bintang berlakon tu. Jangan jelesssss..!

Tajuk filemnya: Star Wars V11: The Revenge of Bintang Asterisk. Dekat situ jugak Bintang akan nyanyikan soundtrack filem tu skali yang bertajuk: Twinkle Twinkle Little Star. HAHA! Jangan marah. Bintang gurau gurau je. Alalala. Sekali sekala kan Bintang wat lawak kan? Tanak layan ek? Tape tape.  Awak awak semua sila pergi dari page Bintang. Bintang nak majok dah! Okay dah! Malas nak layan dah awak awak semua. Awak awak semua tengoklah gambar gambar animation comel yang Bintang letak kat sini. Semuanya comel, macam Bintang. Hakhakhak. Bye bye assalamualaikum.
 

Template by Suck My Lolly - Background Image by TotallySevere.com