HAHA! fuhh.. rasanya macam dah berkurun Bintang ta update blog. Ekceli minggu lepas sangat bz lah. Dengan work yang berlambak lambak tak siap, malam minggu ada kenduri segala. Bintang yang gila update ni pon ta sempat nak catch up. HAHA. Bintang ni boleh dikategorikan sebagai blogger active kan? Tiap tiap ari kalau boleh nak update blog. Padahal bukan ada apa sangat nak cakap. Meluangkan waktu je. HAHA! Awak awak awak semua misti windukan Bintang kan? Yelah. Bukak je blog Bintang, takde entry baru. Bukak je yang lama. Misti awak awak semua rasa macam kehilangan kan? Bintang tahu. Tapi jangan risau, cik superstar dah pulang. HAHA! poyo langau betullah Bintang today! Bintang bukan tanak update blog cuma yelah, Bintang kan artist. Mana ada masa sangat. HAHA! Okaylah. Bintang nak menulis banyak banyak nak bagi awak awak awak semua rasa jemu and menyesal sebab windukan Bintang. HAHA! Padan muka awak awak semua!
Tengok. Tak cukup tangan sampai nya! |
Hari jumaat hari terakhir Bintang update entry baru. Sebab apa? Awak awak semua tanak tahu ye? Ah!! Bintang tak kira! Nak bagitahu jugak! Nak bagitahu jugak! Sebabnya.. Jeng jeng jeng. Bintang pegi balik kampunglah. Bukan jauh pun. Bintang punya kolej dekat Kuantan, rumah dekat Pekan. 45 minit @ sejam sampailah dekat rumah. Naik bas BEE HUAT kaler hitam putih. Negeri Pahang tahu! Bukan Terengganu okay. Family ada buat kenduri tahlil sikit untuk arwah Tok Ki, arwah Tok Ma, arwah Mak Long and ahli ahli keluarga lain yang telah awal lagi meninggalkan kami semua. Kamiorang selalu jugak buat kenduri macam tu kalau ada kesempatan. So kalau ada lagi kenduri, awak awak awak semua dijemput hadir ya. Bintang yang jemput. Kalau awak awak semua rasa segan, tape. Bintang ada. Semua orang kenal Bintang. So awak awak semua takan rasa kekok. Baik kan Bintang? Baik kan? Baik kan? HAHA! Tayah puji pon Bintang dah tahu. Bwekk..
Hari jumaat tu Bintang ta pergi pun kelas petang. Sebab subuh tu tok sedare Bintang call, kata mintak tolong Bintang berniaga kat pasar malam dekat Pekan. Bintang dengar suara dia macam teruk je ingatkan dia ta bangun langsung. For information tok sedara Bintang tu perempuan, isnin ni dia kene operate tumor dalam rahim buat kali ke3. Ish ish ish. Bahaya kan? Kesian dekat dia. So Bintang yang baik hati ni ambik keputusan untuk balik ke Pekan tengahari, lepas je balik kelas En. Usop segera lah Bintang bergegas balik ke bandar, ambik bas BEE HUAT & then balik ke kampung. HAHA! Rupa rupanya ada wasabi di sebalik sushi niat Bintang time tu. Omarion kan ada kat Pekan so Bintang macam ambik peluang lah nak dating lepas siap berniaga. Tapi siyes kot. Penat. Panas gila dekat sana. Bintang ni nama je artis. Bintang buat jugak kerja kerja macam ni tahu. Bintang berniaga laksa Pahang dekat situ. Laksa tok sedara Bintang paling best dekat situ and sebagai buktinya, tiap tiap kali pasar malam, dia lah org pertama yang siap berniaga. HAHA! Takpun sebab Bintang yang berniaga tu yang maju je tu. HAHA! Habis dah cerita hari jumaat! Kot? Maybe? Entahlah? Agaknya? HAHA!
Budak kecik ni nama dia Wan Auni Najla, 3 tahun. Girlish baby in the world! |
Yang cute little boy ni pulak Naim. 1 tahun. Cute and lovable. |
Awak awak semua misti pelik kan? Siapa baby 2 oarang ni. Kiut tak? Ni lah anak Bintang. Auni Najla & Naim. Cute kan anak anak Bintang? Macam mak dia jugak. HAHA! Jangan terkejut lah. Bintang gurau je. Bintang baru je 21. Takkan lah dah ada 2 anak besar macam tu. Kahwin pon belum lagi. Ta pasal pasal je tiba tiba Omarion dapat 2 anak free dibuat Bintang. HAHA! So apa kena mengena budak kecik ber2 ni dengan Bintang? Oh misti awak awak semua curious kan? kan? kan? Diorang ni sepupu Bintang. Bintang ni kira sepupu no 2 paling tua kat belah ibu so yang lain lain tu belaka lah kecik kecik kecik cinunet. HAHA! Masa kenduri tu, Bintang ta dapat nak tolong sangat orang dekat dapur sebabnya Bintang kena jadi baby sitter to my lovely cute little cousins. Bintang ni macam ada sifat keibuan kan? kan? kan? Beruntung Omarion. HAHA! Ah! Gatal! Sebenarnya pada hari yang sama dekat rumah Omarion pon ada macam sambutan befday. Kakak dia jak Bintang pergi. Memang nak pergi. Nak kenal dengan keluarga Omarion. Amboi fast and furious Bintang bab ni. Tapi memandangkan 2 acara dilangsungkan dalam sehari Bintang ta dapat nak g rumah "kakak ipar" Bintang tu. So gambar kat bawah ni tunjukkan gambar yayang Bintang dekat sana. Haa.. Haa.. Jaga mata awak awak semua!
Montel pipi yayang Bintang. Tengok apa yang tulis kat belon tu? Aww. Soo sweet! |
So hari jumaat dan sabtu dah lepas. Kini tinggal pulak hari ahad. Bintang sebenarnya ta convert lagi kerja dalam jpeg nak print segala. Isnin dahlah ada presentation. Tapi memandangkan hari ni dah hari isnin, presentation Bintang berjalan dengan lancar tanpa sebarang masalah besar. Ahad tu sempat lagi dating dengan Omarion. Cewaahh.. Ta tahan tu. Misti nak berjumpa jugak sebelum Bintang balik ke Kuantan semula. So dengan berbekalkan beberapa jam masa Bintang lepak di taman bersama dengan kekaseh tersayang. HAHA! Yang part kelakarnya tu, Bintang cakap kat ibu Bintang nak balik cepat. Pukul sepuluh tu dah siap siap berkemas punya nak balik Kuantan. Kononnya. Last last jumpa Omarion pulak.. pukul 3-4 baru Bintang gerak ke Kuantan. Tapi terkantoi jugak ngan ibu koz Bintang ni kan anak mithali, mana pandai menipu ibu ni. Tapi tape. Ibu ta kisah Bintang berkawan bercinta ngn Omarion. HAHA! Diz time i say I LOVE YOU plus plus plus lah mummy! So gambar kat bawah tu tunjuk muka happy Bintang lah dapat gatal gatal dengan buah hati pengarang jantung Bintang, Omarion tersayang. Auw. Nakal kan Bintang today. Macam awak awak awak semua ta biasa pulak Bintang ni macam mana! HAHA! So itulah cerita Bintang sewaktu Bintang tak menghupdate blog or FB segala.
Muka gatal gatal Bintang di samping kekaseh tersayang, Incik Omarion. Aum! |
Haa. Ini pulak gambar hari ni. Bintang buat buat muka still cool ntok presentation hari tu. Yelah kan, kerja da siap so boleh lah berlagak dudk dekat kafe berbaul bual sementara tunggu turn. Bintang punya turn ke 2 terakhir. Fullamakatak. Angin sekejab. Tapi biasalah Bintang, cool jelah. Apadehal lah sangat dengan turn turn segala tu? HAHA! Bintang kan dekan setiap sem so, emm.. Ta hairan sangatlah dengan benda ni! BERLAGAK!
Panas pun panaslah. Janji muka nampak cerah. HAHA! |
So itulah cerita banyak banyak banyak dari Bintang. Nak ingat semua memang tak lah. Penat lah menulis. Ce ekau ganti tempat Bintang. HAHA! Oke lah oke lah. Esok pulak Bintang update lagi. Jangan windu pada Bintag okay. Sebab Bintang tak akan windukan awak awak semua. Bye bye!