Thursday, September 26, 2013

Me and my new life!

ASSALAMUALAIKUMWARAHMATULLAHIWABARAKATUH!

Ya Allah! Dah lama gila Bintang tak tuis entry kan? Hummm. My bad. Bintang rindukan awak awak semua tahu! Miss you sooo much. Dah dekat setahun lebih menyepi, esti wak awak semua dah lupakan Bintang. For your information, Bintang sekarang sudah sah bergelar isteri kepada Omarion Yayang. Bintang diijabkbulkan pada hujung tahun lepas and now i'm expecting baby! Okay let me show you the proofs.

Me at the engagement party, 29 September 2012.

This is my engagement ring.
Okay done with the engagement. Bintang bertunang dengn Omarion Yayng for just about 2 and a half moth aje. Wow! Awak awak semua mesti fikir "Cepatnya!" HAHAHA. Well, what can I say. Gatal sanga dah tu. So the next thing is, I wanna show you my wedding picture. Tak banyak okay!

Ciuman setelah sah bergelar isteri Omarion pada 15 Disember 2012.

With kawan satu tempat kerja, Dayah. Mekap by pengantin sendiri.

Serba sedikit gambar selepas akad nikah. Credit to Mama Aainaa.

Ini plak waktu bersanding. Baju yang cantik dari Mama Aainaa.

Bersama Nissa dan Ina yang sekarang tenah pregnant jugak. Bunting pelamin!
Okay done with the wedding. Now i'm pouly present, The Heavily Pregnant Bintang and her future baby! Mula mula mengandung sangat skinny disebabkan alahan yang teruk sehingga Bntang kehilangan almost 12 kgs! Tapi after the baby capai empat bulan, all the pregnancy symtoms are gone and i'm fat again. Haiyyooo.
This is me with husband. Macam makin cun je Bintang kan? My Omarion getting fat!

This picture was taken on Aidulfitri baru baru ni. See, i told you he's getting bigger.

Tadaa! My baby bump! Do i still looks pretty? Please say yes!

The heroine! 4D scan at WY KO. Shes a girl! 
Sekarang, tanggal pada har ni, Bintang sedang mengandung 8 bulan, 3 minggu dan 2 hari. Thats mean, bila bila masa sahaja Bintang boleh lahirkan this Mike Tyson Hyperactive baby! Wah excited benau saya! Doakan Bintang selamat melahirkan this cutie dan berbahagia sehingga akhir hayat bersama Omarion Yayang. Married life is fun! Go and get married!

Thats all for todays entry. Insyallah, bila ada kesempatan Bintang akan menulis lagi. Hopefully awak awak semua masih sudi membaca and next time i will upload my baby! Insyallah! Thank you so much for reading and i love you all. (Thanks for spending time reading my loooongggg entry today) Muahhh!!

ASSALAMUALAIKUMWARAHMATULLAHIWABARAKATUH!


Monday, February 20, 2012

Sungguh Tak Professional!

Assalamualaikum!

HAHA! Lama tak dengar khabar kan, peeps? Ada cerita baru. Bintang dah berenti kerja. Yes. Ceritanya bermula macam ni. Minggu lepas, Bintang patut outstation ke Terengganu for 1 week and Kelantan for 1 week jugak. After pergi Terengganu tu, stress dengan partner segala, company pulak. Hadeh. Last last tekad. Dari Terengganu terus cabut lari, tamau pergi Kelantan lah kiranya. HAHA. Pagi pagi bangun, cari tiket bas then terus cabut balik Kuantan. HAHA. Sarkastik sungguh. Macam PATI pun ada. So i quit the job and right now i'm jobless. Tarahal. Lantakkan. Esok ada interview GD. Graphic Designer dekat ASR Deco. Entah jalan ke tak pasal resume macam tak lengkap aje. HAHA. Biarlah. Tak professional langsung kan! Pedulikan! Pedulikan!


Sekarang problem tambah 1 lagi. My Mr.Ex macam nak kembali semula. OMG! OMG! Macam macam cara dia buat nak tambat hati Bintang. Mungkin dia tak laku kot? (Gila bajet hot pulak seketika) Mungkin dalam hati ni ada lagi sikit perasaan yang tertinggal tapi tak mungkinlah Bintang nak balik semula dengan dia. Bintang tahu, 3 tahun Bintang hidup dengan dia, sayang pada dia, cinta dekat dia sampai separuh mati dulu. And sebetulnya memang SEPARUH MATI. Dah macam zombie hidup ini. Tak tentu arah. Keprcayaan ni kalau kita bagi dah dirobek, susah nak diterima balik. Sama macam peluang. Bukan sekali dua Bintang bagi dia peluang untuk berubah. Banyak kali sangat. Bila dah terlewat baru nak menyesal. Bak kata orang tua. Bila dah terhantuk baru nak tengadah.Tapi tu cerita lama. Sekarang kan dah ada Omarion Yayang. Omarion baik sangat dengan Bintang. Hidup Bintang ibarat dihiasi pelangi cinta! Cewah metafora! Tapi seriously memang Bintang bahagia. Mana sanggup Bintang nak khianat dia kan? Bintang sayannnnnggggg sangat dengan Omarion. HAHA. Omarion I love you soooo damn much! Muah! Assalamualaikum!



Sunday, January 22, 2012

Semuanya Kucar Kacir!

Assalamualaikum!

Hai. Dah lama Bintang senyapkan diri dari sebarang entry. Dekat blog ni mahupun blog Etymology Of The Bintangs. Hemm..Kerja baru Bintang sangat mencabar jiwa raga. And actually Bintang rasa tertipu. Indah khabar dari rupa. Well. Bintang tak rasa seronok dengan kerja yang ada sekarang. Kerja yang penuh dengan kerenah manusia. Ah sakitnya hatiku. Benci bukan kepalang. Tak pernah jumpa sekelompok insan yang bermuka muka. Macam macam perangai Bintang jumpa. Yang penipu bagai nak gila, yang gila kuasa, yang suka memperalatkan orang, yang annoying. Hermmm. Cuma ada dua tiga orang yang Bintang boleh ngam dekat situ. Belaka pentingkan diri. Itulah orang cakap, kalau kita keluar dari kepompong selamat, macam macam yang kita boleh tengok. Meluat. Seriously shit. Langsung tak macam masa Bintang kerja farmasi or dekat Celcom. Diorang concern about other feeling. But dekat sini, ibaratkan macam hidup dekat tengah lautan yang dikelilingi jerung. Macam shit sungguh.

Herm.. Mungkin rezeki belum sampai kot. Blog tak boleh update selalu dah. Idea hilang, masa tak ada. Macam hape dah. Gila aku dibuatnya. Haduh.

Sekarang mood really really really tak baik. Dengan hati sakit, pujaan jiwa pulak buat hal. Bengang bukan kepalang dah ni. Bukan hape. Terasa hatilah. Isnin sampai jumaat Bintang punya gila gila tak ada masa nak berkeluarga segala. Kena curi curi masa untuk bermesra, untuk tak bagi pujaan hati rasa kehilangan ataupun ditinggalkan. Haduh. Tapi kenapa tak fikir benda yang sama? Bila dah ada masa nak diluangkan dia pulak nak sibuk sibukkan diri. Siapa tak marah. Sabtu Ahad ni lah peluang nak bersama tapi dia? Haduh. Bongok betul lah mamat ni. Baik Bintang kerja tiap tiap hari. Biar takde masa untuk dia baru dia sedar perasaan Bintang sekarang ni. Bonget bonget bonget punya Omarion! Arghhh! Nak aje aku sepak laju laju mamat ni. 

Dahlah. Malas nak tulis lagi. Makin bengang Bintag dibuatnya.Sengaja je tulis entry luahkan perasaan sikit. Haduh. Assalamualaikum peeps!

Thursday, December 29, 2011

Farewell 2011, Hello 2012!

Assalamualaikum!

Hai awak awak semua yang Bintang sayangi. Apa khabar? Sehat kah? HAHA. Kalau sihat alhamdulillah kalau tak sihat, pergilah klinik dapatkan rawatan yang selanjutnya. Hehe. Haaa. Awak awak semua sedar tak yang lip lap lip lap je hanya tingga dua hari lagi before kita menjejakkan kaki ke tahun 2012.

Please don't go to toilet at 11.59 p.m at 31 December because, you definitely will coming out next year! HAHA.

Okay. So bila nak tiba je tahun baru, mestinya awak awak semua akan tanam azam yang baru kan? Rasanya mustahillah tak terdetik hati nak tanam azam, right? Nak jugak Bintang tahu apa azam awak awak semua. So tak apalah. Bintang sekarang nak cerita pasal azam Bintang today.

  • 4 January ni Bintang akan memulakan pekerjaan baru. Hopefully Bintang dapat bekerja dengan elok dan tak ada masalah. 
  • Sentiasa bahagia dengan family and especially my Omarion Yayang.
  • Bintang nak cari duit banyak-banyak. Nak cepat kaya. Nak ada kereta sendiri.
  • Penting! Kuruskan badan. Tamau gemuk gemuk!
  • Penting! Jadi hamba Allah yang lebih lebih lebih baik. Insyallah!
  • Can get along with everyone.
  • Nak jadi cantik! Yes!
Wah banyak sungguh azam Bintang., Ta tahulah tercapai ke tidak. Takpe. Pelan pelan. ada 12 bulan untuk merancang. HAHA. So what about you guys?

GOODLUCK! Assalamualaikum!

Wednesday, December 21, 2011

Omaigustavo!

Assalamualaikum!
I'm dead meat! Entah macam mana semalam, masa kerja DUIT BIL tak cukup! Aisey! Mana pergi. Matilah Bintang kena ganti duit customer! Lantas ini membuatkan Bintang rasa down nak kerja ni. Aish. Menyampah betul. Apa yang salah pun Bintang tak tahulah. Mungkin tak ambil duit kot? Haduh pening memikirkannya. Selamat tak mengigau semalam. HAHA.

Esok interview dekat Global Factor. Job apa? Sales executive. Bunyi macam gempak. HAHA. Insyallah ada rezeki dapatlah. Bintang memang perlukan money teramat amat amat. HAHA. Pukul 2:45 petang interview tersebut. Pagi pulak ingat nak pergi interview dekat Hicom. Mana tahu ada rezeki, dapat lah kerja yang lebih masyuk. HAHA. 


Belajar malas, nak kerja je. Bila dah kerja kompelin gaji sikit pulak. HAHA. Kau nak berapa ribu lagi Bintang oi? 2? 3? tak.. Bintang nak 5 ribu! Perasan! Ya Allah, berikan aku rezeki dan peluang yang lebih baik. Aminn.. :D

So somebody please hire me bebeh!

Friday, December 16, 2011

Kesabaranku Dicabar Lagi!

Assalamualaikum!

Great! Everyday buat Bintang naik hangin. Esok ingat nak pergi bersia-siar dengan The Triplet and ofkos dengan my darling, Omarion sambil berpicnic gitu. (walaupun sekarang musim hujan. Apadehal?) Seriouly tiba-tiba tak ada angin, tak ada taufan mahupun letupan gunung berapi berlaku, bonus yang sungguh Bintang harapkan tu tak masuk pun dalam akaun Cimb Bank Bintang (sehari dah chek nearly 8 kali dah, semangat punya hal) What the fisherman friend?? Ah. Kerja sini memang menguji setiap genap kesabaran yang Bintang ada. Padahal dalam hati bukan main lagi ekcited nak keluar, nak belanja adik-adik makan (ceh belagak akak mithali weyh)

Marah. Aduh. Tension nya. Hilang mood nak buat puding triffle. Baru mengidam sikit. Hampeh betul. Ni yang buat Bintang tak ada mood nak kerja sungguh-sungguh ni. Dahlah kerja tiap tiap bulan gaji dapat lambat. Aduh kenapa lah. Apa masalah dengan pengurusan pekerja company Bintang ni? Kang pakat-pakat berhenti kerja kang! Stresss.. Mahu sahaja ku kelar bos seperti gambar di bawah. I wish.


Kalau ada rezeki, silalah bagi Bintang peluang pekerjaan yang lain. Biarlah kerja yang lagi elok, stabil supaya Bintang boleh simpan duit untuk meminang Omarion. Astaghfirullahalazim. Ya Allah, berikan aku kesabaran untuk menghadapi hidup bekerja di Celcom ini. Amin.

Tuesday, December 13, 2011

What's Wrong Bintang?

Assalamualaikum!

Hello peeps! Seriously Bintang banyak sangat masa nak menulis today. HAHA. Nak bincang beberapa isu sekarang. Isu yang mungkin ada kaitan dengan umat manusia zaman sekarang. HAHA! Bintang just nak sahare je pendapat Bintang tentang dunia zaman sekarang.

1. HUKUM HUDUD

For your information, Bintang rasa dunia kita ni macam dah sampai akhir zaman dah. You all pun sedar tapi buat buat tatahu aje kan? Seriously. Bintang dah naik fedup tengok artis and even orang orang kita sendiri buat tak tahu je dengan semua ni. Clubbing, minum arak, merokok, seks bebas macam dah jadi trend anak-anak muda sekarang. Bukan takat anak muda, orang tua pun dua kali lima. Dekat ic dah tercatat dia ada 'bin' dan jugak 'binti'. Pergh. Ini lah kita panggil Islam pada nama. Agaknya diorang nak bala turun macam zaman nabi dulu-dulu baru insaf kot? 

Sekarang ni, kalau kita lihat dekat Indon, Islam boleh kawin dengan kafir tanpa orang kafir tu convert ke Islam. What? Ajaran mana kau pakai ni? Sekarang Bintang respect sangat pada negara Brunei. Sultan mereka, iaitu penyelamat agama di Brunei dengan bijaknya menitahkan negaranya akan mengadakan satu akta yang akan mematuhi undang-undang Islam. So cool. Sultan yang bijak! Klik SINI ini untuk membaca dengan lebih lanjut mengenai persoalan HUKUM HUDUD di Brunei.Cuba fikirkan apa yang akan terjadi apabila hukum ini dijalankan di Malaysia? Mungkin manusia yang dah tak ada akhlak bakal convert ke agama lain?

P/S: Kalau hukum ni dijalankan di Malaysia insyallah ramai yang kembali ke landasan yang betul, terutamanya Bintang ni. (rendah diri) Cakap punya cakap, sedikit sebanyak menimbulkan keinsafan. No need to berpoya-poya lagi ye Bintang. =.=" Duduk rumah jaga akhlak kamu dan  tunggu Omar masuk minang.


2. FACEBOOK

Awak awak semua sedar tak sejak adanya FACEBOOK atau bak kata Najwa Latif, Muka Buku (yang langsung terbalik. Sepatutnya Buku Muka) pelbagai masalah yang timbul. Seriously Bintang cakap. Macam masalah Bintang ni, rajin update status. Bila rasa windu, update. Bila rasa bosan, update. Bila rasa geram update. Same goes to you all jugak kan? Perbalan sering terjadi. Like beberapa hari lepas. Ada seorang kawan menghupdate statusnya, so secara semulajadinya Bintang ingat  dia mention Bintang (perasan famous) and then tercetuslah rasa marah, sedih dan terkilan.Pastu Bintang pulak update status Bintang mention ke dia and dia sedar. Last last jadi awkward and paling penting, mencetuskan rasa dingin diantara kami. Okay. Memang Bintang salah. Sensitivity took mu brain away. HAHA.Sorry kawan.

So awak awak semua faham tak apa yang cuba Bintang cakap sekarang. Facebook ni banyak menimbulkan masalah. Itu belum kira dengan gambar yang ada dekat situ. Macam macam. Geli, mual, menyampah, meluatkan, semua ada bila tengok. Kadang kadang ada yang tak sedar perlakuan dia, gambar yang dia taruk orang lain dok kutuk. And satu lagi, jangan lah letak gambar bukan bukan. Nanti kalau kena santau sape susah? Diri sendiri jugak. Bintang tak peduli hal awak awak awak semua. 

P/S: Lepas ni taknak update status dah. Nak main Sims je dekat FB sambil kacau orang kiri kanan. HAHA!


3. MASYARAKAT TIDAK BERSYUKUR

Dekat negara lain mana ada kerajaan dok bersusah payah nak bantu rakyat. Lantak pi lah diorang punya negara. Dekat sini, mean Malaysia, awak awak semua tak nampak ke betapa kita ni 'RAKYAT DIDAHULUKAN'? Dekat tempat lain, negara lain, ada ke kerajaan nak bagi duit segala? Memang semua yang dia bagi tu duit kita jugak tapi sedarkan awak awak semua, kita ni beruntung?  Hulamak. Kalau tak sedar nampak sangat awak awak semua ni buta. Time nak pangkah undi, undi orang lain. Masa kerajaan bagi habuan semuanya berebut sampai terlupa siapa sokong siapa. Busuk punya orang. 

Lepas tu Bintang tengok ada pulak kempen ke apa entah benda berkaitan dengan mempertahankan hak orang gay lesbian segala ni. Stupid Ambiga. Ni negara Islam. Nak jadi gay, convert, buang kerakyatan anda tu . Balik je India. Jangan banyak cerita. Jangan jadi macam satu negara tu. Tahu tak negara mana? Negara dengan majoriti rakyat Islam tapi perangai rakyatnya? Great!!! Fikirlah ya dahlings. Today Bintang berpolitik sikit. Lantaklah. Nak baca baca tanak baca tutup.


P/S: Sedar sedarlah. Tak lama kita hidup ni. Ingat zaman tua awak awak semua boleh tebus ke segala dosa awak awak semua? Jawapannya: NO. Jadilah manusia yang bertamadun. Jangan ikut contoh negara lain. Kalau nak ambil contoh, sila contohi BRUNEI. Saya Bintang melaporkan dari Malaysia. Saya bukan rakyat Brunei tapi I wish. HAHA.
 

Template by Suck My Lolly - Background Image by TotallySevere.com