Wednesday, May 25, 2011

Welcome to Loserville~

Rasa macam bodoh. Bengang. Result exam dah keluar. It's not good enough for me. Macam s@#$ je. Patutnya last sem patut dapat lebih lebih lebih baik daripada sem sem sebelumnya. Bintang rasa macam lagi worst dari dulu kot result neh. @ 2nd worst lepas sem 3. So Bintang rasa macam bengang sangat sangat sangat lah sekarang. Apa pulak salah Bintang neh. Kerja semua buat kot. Haish. Duit keluar macam air, sampai kering poket, dok pinjam sana pinjam sini. At last, CGPA 3.01 je. Haish tabole jadi ni. Patutnya up lah sikit dari dulu. Terlalu sikit ni. Keciwa betul Bintang dibuatnya. Keciwa sangat sangat sangat dgn diri ni!


You are such a loser Bintang. Damn it! Sekarang tambah masalah lagi, bodoh ,tak ada kerja, poket kering, bosan and duduk rumah. Perfect combination to make me insane. Great! Masa belajar dulu mak bapak suruh belajar pandai pandai asyik main je. Sekarang padan muka kau. Haish! Pi matilah. Kerja jauh pun kerja jauhlah. Duduk dekat tanam anggur je buat apa? Janji Bintang tak menyusahkan orang. Haish pakcik UiTM ni. Kedekut betul nak bagi markah. Ngorat anak kau baru  kau tahu nanti. Okaylah. Rasa sakit hati Bintang meluap-luap and tak nak diganggu  sesiapa sepanjang hari. I don't give a damn to all of you today! Assalamualaikum and bye!

Tuesday, May 24, 2011

Geramnya Bintang!

Assalamualaikumwarahmatullahiwabarakatuh!

Haish haish haish1 Line kurang memberangsangkan, menganggu sangat sangat sangat post entry Bintang. Now i'm working on some novels and don't really have time for stuff like online and so on. Rabu ni result exam keluar, jumaat akan ke kolej sign surat berenti and after that rasanya macam nak kerja pulak. bintang tak konfem lagi nak sambung belajar. Maybe tak kot? Nak kerja dulu pasai nak belajar ni rasa macam stress sangat dah. Banyak money yang kena keluar. Bila pk pk balik, better lah Bintang kerja dulu kot? Cari duit sikit sikit, bantu mana yang patut dulu. Eventhough ada niat nak sambung tapi rasanya macam dah payah sekarang memandangkan masalah kewangan banyak sangat menganggu tumpuan kami sekeluarga. My mum memang soh sambung, nanti sama je effect dia. kalau bintang kerja tempat lain, so sure dia tak bagi so apa gunanya belajar tinggi tinggi kalau terpaksa duduk dekat sini aje? Kerja apa yang ada related dalam bidang Bintang dekat sini? Ada tapi memang payah nak dapat punyalah.

Stress den dibuatnya

So Bintang rasa buat masa sekarang, Bintang tak akan rajin nak update update segala lah memandangkan masalah line, masa , mood dan effort Bintang yang tak berapa  nak ada dah sekarang. Haish. Sekarang, point of view yelah nak cari kerja dulu sementara ni. Duit takde, hati pun susah. Bengang dah. Apa pun tabole jadi ni. Lepas dapat result ingat nak apply MUIP, mana tahu ada rezeki dekat situ ke apa ke. Syok jugak. Lantaklah dia Majlis Ugama ke apa ke, janji dekat. Kerja dekat Omarion pon okay jugak, at least ada orang tengok. Tapi entahlah macam mana nak cakap. Banyak sangat dugaan dalam hidup ni. Haish. Bersabar ye Bintang, lately kau macam asyik serabut kepala je. What's going on? Okayla pals! Bintang rasa cukuplah Bintang membebel today, Bintang ada banyak kerja rumah nak diciapkan ni. Selamat pagi, love you all! Bye!

Saturday, May 7, 2011

Yeay! I'm freeee..!!

HAHAHAHAHAHAHA! Bintang nak bagitahu neh. Bintang dah habis sekolah. Yeay! Yeay! I mean college lah ofkos! HAHA! Sudah senang hati lah! Penat lelah Bintang dah ditaruk ke dalam pameran neh. Yatta! Lepas ni pening pening cari kije pulak. Or maybe sambung belajar pulak. Walaweyh. Dear sweet Bintang, welcome to aldultness. HAHA! Okay so dah lama kot tak update entry baru. So today Bintang update lah. Awak awak semua silalah tengok pameran Bintang neh. Itulah orang ajak datang tamau datang. Putus kawan lah kalo macam tu. HAHA! Tengoklah gambar gambar yang Bintang upload ni ye dear KAWAN.
Day before exhibition

Inchik Usop sedang mengushar ushar work student dia yang happy go lucky tu. HAHA!  BTW  thanks Inchik Usop for helping us for like forever! HAHA! Jasamu ku kenang. Ecewahhh.
This is Bintang. She doesn't ware any make up on that day. Look like  khambeng. HAHA! Bintang dok kat sebelah artwork Bintang: Malaysia National Lion Dance Championship 2011. Grr.. HAHA!
DAY 1 

I am such a sweetie pie. HAHA! Day 1.  Assessment. So have to polite. Berpakaian sopan. HAHA.  Den memang sopan eh. Chomel pulak tu. Ish ish ish. Berbaju kurung hitam. So adorable. HAHA!
DAY 2

Day 2 dah tak de baju kurung dah eh. Wearing kemeja & Cardigan pulak  lah. But still gorgeous like always, dont you think? HAHA! Ni snap snap dekat pintu belakang. Biasalah Bintang. Misti ada time for snap snap kan?
DAY 3

Day 3. Wearing Plusminus Exhibition punya baju dah lah. Nampak kurus lah pulak Bintang. Adakah ianya angle? Adakah Bintang memang kurus? So definitely the answer is angle. HAHA.
MY KENGKAWAN SEGALA

Meet my friends. From left: Kuchai, Kinah, Yuyu, Shu, Amber and  Me, Cik Bintang cute.  Tempat ni ramai orang sebab dapat makanan percumalah. HAHA! Sedap je mulut mengunyah bahulu. Thanks ye Cik Yuyu atas bahulu tersebut. Haha!
At the back door. From left: Bintang, Puan Ida our beloved lecturer, Puan Bayanti, Rasydan dan epala kaler coklat tu Ika.

All of graphic student. Best batch on the earth. Carilah Bintang kalau jumpa. HAHA!

Sesi gambar gambar dengan lecturer lak. Adoyai ta nampok eh muko eden! Kurang asam bonar!

Bapo kali eh nak snap snap neh. Ah poie lantak ekau lah Bintang. HAHA!
END OF THE SHOW : ANA IKAN BAKAR PETAI RESTURANT

Last day of show. Farewell party at Ana Ikan Bakar Petai. Siapa yang tak datang padan muko ang. Makan banyak macam nak tebiat. HAHA! Thanks kepada yang datang. Huhuhu. I love you all!
Berpisah kat sini bukan bererti berpisah tak jumpa dah kawan kawan. I hope we will still be the same until forever. Kat sini Bintang nak ucap terima kaseh kepada awak awak semua sebab sudi kawan dengan Bintang, sudi tunjukkan mana yang patut, sudi kena belasah dengan Bintang dan yang paling best skali, sudi membuatkan Bintang ketawa bersama sama dengan awak awak semua! Yatta! So harap harap kita akan berjumpa lagi next time and jangan lupakan Bintang yang hot & spicy neh okay. Bintang sayang dekat awak awak semua okay. Semoga maju jaya dan apa yang penting, berusaha lah untuk masa depan awak awak semua. Bintang tanak dengar kawan kawan Bintang sesat kat Wong Ah Jang ke, jadi penari tiger show ke, doktor cucuk sendiri ke. I hope you all the best. Kita memanh hebat.Walaweyh. HAHA! Assalamualaikum!

p/s: ekceli i'm a very sad girl. Tade orang terdekat datang nak support neither my family or my yayang and my bff's. What ups with everybody? Semua nak busy je. Bintang terasa hati tahu dengan awak awak semua. Lari daripada rumahlah kalau macam ni. Haish! 

Tuesday, May 3, 2011

Bintang nervous!

Bintang NERVOUS!

Bintang NERVOUS!!

Bintang NERVOUS!!!
I am so damn NERVOUS right now! Arghh! Sedang menanti untuk assessment dari pengEXAMiner a.k.a lecturer dari kolej entah mana tah. Sedang nervous and tiada sokongan. Omarion kau kat mana? Argghh! Stress Bintang macam ni. Tanak kawan dengan awak Omarion! Bwekkk.



 

Template by Suck My Lolly - Background Image by TotallySevere.com